
Ramai Puji Tindakan 4 Pemuda Sanggup Berbasahan Dalam Hujan Demi Majlis Ilmu [Video]
Menerusi video tersebut, kelihatan empat individu berkenaan masih setia duduk di hadapan pentas meskipun terpaksa berbasahan kerana hujan lebat.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui, kekuasaan Allah SWT dapat dilihat daripada pelbagai perkara antaranya wujudnya tempat yang cantik.
Terjadinya langit dan bumi termasuklah cuaca yang dapat kita rasai seperti panas, sejuk, hujan dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, setiap kali hujan pastinya kita akan mencari tempat untuk berteduh tidak kiralah dalam apa situasi sekali pun. Ini kerana, bukan sahaja atas faktor keselamatan namun pastinya kita enggan baju yang dipakai basah.
Emapt individu jadi perhatian ketika hadir di majlis ilmu
Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan sekumpulan individu yang sanggup berbasahan kerana hujan sewaktu menghadiri sebuah majlis ilmu agama.
Menerusi video awal yang dikongsikan oleh Ryes (@ryes02) di TikTok, kelihatan orang ramai memenuhi dataran Stadium Alor Setar, Kedah dalam Majlis Darul Aman Berselawat yang diadakan pada 3 Mei lalu.
Turut dapat dilihat orang ramai yang berada di majlis ilmu itu sangat tekun berselawat dalam majlis ilmu berkenaan.
Namun dalam satu lagi video yang dikongsikan Ryes kelihatan hujan mula turun dengan lebat di pertengahan majlis.
Ekoran keadaan cuaca ketika itu, orang ramai yang hadir mula mencari tempat berteduh untuk terus berada dalam majlis berkenaan.
Malah dapat dilihat ramai yang hadir berpindah ke khemah berdekatan untuk berteduh.
@ryes02 Darulaman Berselamat #fiestariuh #karnivalcintarasul #kedahberselamat #alorsetarberselawat #jomberselawat #stadiumdarulaman #mariberselawat #kedah #alorsetar #sungaipetani #pendang #fypシ #fyp #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp @karnivalcintarasulori
♬ original sound – ryeSMa – ryeSMa
Masih duduk walau hujan lebat
Namun apa yang menjadi perhatian ramai, terdapat empat orang pemuda dilihat masih duduk di dataran berhadapan pentas meskipun hujan sudah lebat membasahi bumi.
Malah ada yang mengeluarkan payung namun masih kekal di tempat yang sama dan tidak berganjak sambil mendengar bacaan doa serta ceramah.
Ryes turut memuji empat individu yang dipercayai merupakan anak muda dengan menyifatkan mereka sebagai insan yang hebat.
@ryes02 MashaAllah..Hebat insan2 ni.. #karnivalcintarasul #fiestariuh #kedahberselamat #alorsetarberselawat #jomberselawat #stadiumdarulaman #mariberselawat #kedah #alorsetar #sungaipetani #pendang #fypシ #fyp #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp @KARNIVAL CINTA RASUL – RASMI
♬ original sound – Siti Nurhaliza – Siti Nurhaliza
Ramai puji kesungguhan ditunjukkan pemuda terbabit
Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji pemuda yang sanggup berbasahan dalam hujan untuk terus berada di dalam majlis ilmu.
Malah ada yang turut berasa sebak kerana melihat kesungguhan mereka dalam mendapatkan ilmu agama.
“Tahniah dik, sanggup tunggu tengah hujan”

“Allah, aku sebak weh”

“Hebat adik dua orang tu”
