fbpx
Now Reading
Puteri Balqis & Ibu Dibawa Jumpa Psikiatri, Sudah Disahkan Hidap PTSD?

Puteri Balqis & Ibu Dibawa Jumpa Psikiatri, Sudah Disahkan Hidap PTSD?

Difahamkan pemeriksaan ini dilakukan sehari selepas mereka hadir membuat laporan di Balai Polis Sri Damansara, Petaling Jaya pada Isnin (5 September).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak kebelakangan ini, nama pelakon remaja, Puteri Balqis menjadi topik hangat pengguna media sosial selepas dia mendakwa telah menjadi mangsa gangguan seksual ayah kandungnya.

Apa yang mengejutkan orang ramai apabila Balqis yang tampil menerusi satu temubual bersama YouTuber ‘Bros Gang TV’ turut mendakwa sudah menjadi mangsa gangguan tersebut sejak kecil lagi, seawal usianya 5 tahun.

Dakwaan tersebut kemudiannya mendapat liputan meluas malah turut menarik perhatian ahli politik dan beberapa pegawai tinggi kerajaan.

Baca artikel berkaitan : NGO & Menteri Agama Tak Setuju Pelakon Remaja Dedah Jadi Mangsa Gangguan Seksual Ayah Secara Terbuka

Jalani pemeriksaan dan disahkan alami PTSD

Terbaharu, pelakon remaja itu dan ibunya, Norashikin Mohd Aziz dilaporkan telah dibawa berjumpa dengan pakar psikiatri di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Selasa (6 September).

Menurut laporan Boom yang memetik sumber, Puteri Balqis dan ibunya turut bermalam di wad hospital berkenaan bagi menjalani pemeriksaan sebelum disahkan disahkan menghadapi gangguan dan tekanan selepas trauma atau (PTSD).

Difahamkan pemeriksaan ini dilakukan sehari selepas mereka hadir membuat laporan di Balai Polis Sri Damansara, Petaling Jaya pada Isnin.

“Selepas laporan polis dibuat atas nasihat peguam Aqish (Puteri Balqis) dan ibunya dibawa ke hospital untuk berjumpa pakar psikiatri. Tujuannya adalah untuk membuktikan apa yang dikatakan oleh Aqish itu benar dan penderaan mental yang dialaminya juga benar-benar berlaku.”

Sumber

Menurut sumber lagi, pemergian dua anak-beranak itu ke hospital turut ditemani pihak berkuasa.

“Kita pun tidak mahu orang menuduh dia meraih simpati atau mereka-reka cerita. Jadi, dia ke hospital bersama dengan polis,” kata sumber lagi.

Terdahulu media melaporkan Puteri Balqis sudah membuat laporan polis berhubung isu tersebut di Balai Polis Sri Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada Isnin lalu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.