fbpx
Now Reading
“Ni Mainan Ke Betul-Betul,”- Gelagat Anak Terkejutkan Ibu Dengan Katak Hidup Buat Ramai Terhibur [Video]
kanak-kanak buat ibu terkejut undang ketawa ramai

“Ni Mainan Ke Betul-Betul,”- Gelagat Anak Terkejutkan Ibu Dengan Katak Hidup Buat Ramai Terhibur [Video]

Terkejut apabila melihat katak itu melompat, si anak kemudian segera mengambil haiwan tersebut dan menjerkah ibunya sehingga membuatkan wanita itu menjerit ketakutan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kanak-kanak yang sedang membesar ada segelintirnya mempunyai minat berkaitan haiwan.

Maka untuk menyokong minat dan ingin memberikan pendedahan kepada mereka ibu bapa pasti akan membelikan beberapa mainan berdasarkan haiwan yang diminati oleh si kecil.

Layan anak main replika haiwan

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok dikongsikan oleh Nadmuntalib yang sedang melayan anak lelakinya bermain dengan beberapa replika haiwan eksotik.

Dalam video tersebut, kelihatan anaknya itu sedang bermain dengan beberapa replika mainan seperti ular, serangga dan juga katak.

Dia kemudian mengetepikan replika haiwan yang lain dan hanya meninggalkan katak yang berwarna hijau di hadapannya sebelum meniup binatang itu.

Tanya anak adakah ia katak betul atau mainan sebelum ia melompat

Ibu kanak-kanak itu lalu bertanya adakah katak tersebut sekadar mainan atau ia adalah haiwan hidup kerana perutnya kelihatan mengembang semasa ditiup oleh si anak.

Namun katak itu secara tiba-tiba melompat membuatkan wanita itu terkejut.

Lebih mencuit hati, si kecil itu terus menangkap katak berkenaan dan menjerkah ibunya sehingga membuatkan wanita itu menjerit ketakutan.

“Mohon doakan kesejahteraan mama,” kata Nadmuntalib dalam video itu.

Katak tersebut adalah haiwan peliharaan anak

Dalam satu lagi video yang dimuat naik, Nadmuntalib turut menjelaskan bahawa katak tersebut bukan mainan sebaliknya ia adalah haiwan peliharaan milik anaknya.

Jelasnya, haiwan tersebut dikenali sebagai pacman frog dan tidak dapat ditemui di tepi jalan mahupun longkang kerana ia berasal dari hutan amazon di Amerika Syarikat.

Menurut Nadmuntalib, katak itu telah dibeli oleh suaminya kerana si kecil itu mempunyai minat terhadap katak. Dia turut memaklumkan kanak-kanak itu sebelum ini pernah membela kata yang berwarna hitam dan juga berudu.

Ramai terhibur lihat telatah dua beranak

Perkongsian itu bagaimanapun telah membuatkan ramai terhibur dengan gelagat kanak-kanak tersebut yang berjaya menakutkan ibunya dengan katak terbabit.

@nadmuntalib

Replying to @Bungaaaa🌸 nahhh korang nak tau sangat kan katak betul ke mainan 🤪🤪 #fypage #fyp #pacmanfrog

♬ Funny Song – Cavendish Music

‘Tercampak telefon sebab terkejut’

‘Dengan aku sekali nak lari’

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.