fbpx
Now Reading
Ini 7 Manifesto Menarik Yang Ditawarkan Oleh Pakatan Harapan Bagi PRU15
Pakatan Harapan

Ini 7 Manifesto Menarik Yang Ditawarkan Oleh Pakatan Harapan Bagi PRU15

7 senarai manifesto ini mungkin dapat membantu anda dalam membuat penilaian apakah langkah yang akan dilakukan oleh Pakatan Harapan sekiranya menjadi kerajaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pejam celik tidak sampai beberapa minggu sahaja lagi rakyat di negara ini akan menjalankan tanggungjawab mereka untuk mengundi pada Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15).

Kehangatannya juga kian terasa apabila banyak parti-parti sudah mula menjalankan kempen mereka selain membentangkan manifesto yang bakal dilakukan sekiranya berjaya menjadi kerajaan.

Tapi mungkin ada di antara anda yang tidak tahu parti mana satukah yang patut diundi terutama sekali bagi mereka yang baru pertama kali.

Kebiasaannya setiap kali PRU tiba, kebanyakan parti-parti politik akan membentangkan manifesto yang akan dilakukan sekiranya mereka berjaya menjadi kerajaan.

Perkara ini secara tidak langsung mungkin dapat membantu anda diluar sana dalam membuat timbal balik parti manakah yang patut diundi.

Jom kami kongsikan 7 manifesto yang ditawarkan oleh Pakatan Harapan.

#1 Menangani isu kos sara hidup

Menurut Pakatan Harapan isu kos sara hidup boleh ditangani dengan mengambil pendekatan untuk mendahulukan kepentingan rakyat.

Malah, parti gabungan itu bertekad untuk mencari jalan penyelesaian jangka panjang bagi menangani isu tersebut dan bukannya jangka pendek.

  • Bekalan cukup

Pakatan Harapan akan mewujudkan kerjasama dengan pihak pembekal agar bekalan barangan makanan sentiasa mencukupi.

Jelasnya, usaha ini adalah perlu khususnya semasa musim perayaan apabila isu kehabisan bekalan sentiasa menjadi punca untuk harga barang naik.

  • Mengkaji semula konsesi lebuhraya
Foto: Freepik

Kerajaan Harapan telah menunjukkan komitmen untuk mengkaji semula semua perjanjian konsesi lebuhraya dan akan melakukan rundingan bagi mendapatkan harga yang terbaik, dengan pencapaian pengurangan sebanyak 18% kadar tol bagi Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) termasuklah Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2).

Selain itu, mereka juga bertekad bagi meneruskan pengurangan tol PLUS dengan berperingkat untuk mengecapi matlamat akhir iaitu penghapusan tol dan pengembalian lebuhraya PLUS kepada milik awam.

#2 Membasmi Kemiskinan

Pandemik Covid-19 telah menyebabkan kadar kemiskinan di negara ini kian meningkat iaitu dari 5.6% pada tahun 2019 ke 8.4% pada 2020.

Bukan itu sahaja, sebanyak 12.5% isi rumah juga mempunyai pendapatan yang kurang dari RM2,500 sebulan. Malah sebanyak 20% isi rumah dari golongan M40 tergelincir ke kategori B40.

  • Bantuan Sara Hidup (BSH) & sarapan percuma

Susulan dari data tersebut, pihak Pakatan Harapan akan meneruskan pemberian Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi membantu rakyat terkesan dalam mengatasi isu kos sara hidup.

Manakala bagi sarapan percuma pula diberikan kepada semua pelajar di sekolah untuk mengatasi masalah keciciran di sekolah yang membabitkan pelajar miskin.

  • Tiada keciciran

Pakatan Harapan akan bekerjasama dengan setiap Ahli Parlimen bagi mengenal pasti komuniti tersasar dalam semua program pembasmian kemiskinan kerajaan Persekutuan seperti “MySalam” dan “Program Kasih Suri Malaysia”.

#3 Menjamin kesejahteraan kanak-kanak

Kanak-kanak atau generasi muda merupakan aset bagi sesebuah negara.

Oleh itu dengan memberi perkembangan kanak-kanak dan remaja yang baik akan membantu dalam memberikan kesan positif kepada kehidupan mereka apabila dewasa kelak.

  • Jaminan kerakyatan untuk anak warga tempatan yang dilahirkan di Malaysia & di luar negara

Akan membuat pindaan terhadap Perkara 15(2) untuk menjamin kerakyatan kepada anak yang lahir di Malaysia pada salah seorang ibu atau bapa yang merupakan warga tempatan tanpa mengira kaum mahupun agama.

Selain itu, turut akan melakukan pindaan Perkara 14(1) (b) dalam Perlembagaan persekutan iaitu memberikan ibu warga Malaysia yang melahirkan anak di luar negara boleh menurunkan kewarganegaraan kepada anak seperti kaum bapa serta memberikan manfaat berpanjangan kepada anak tersebut.

#4 Reformasi pendidikan

Foto: Freepik

Pendidikan merupakan suatu perkara yang sangat penting kepada sesebuah negara. Sistem Pendidikan yang baik dapat menjamin kualiti produk yang bagus di masa hadapan.

Fokus bagi reformasi pendidikan adalah untuk merapatkan jurang, meningkatkan kualiti, memastikan kebajikan guru menjadi teras utama selain menjadikan Pendidikan Tinggi sebagai kesinambungan peluang di masa hadapan yang lebih terjamin bagi anak Malaysia.

  • Kurangkan sekolah daif

Pembaikan sekolah daif akan menjadi teras Reformasi Pendidikan termasuklah dalam meningkatkan perbelanjaan pembinaan bangunan baharu melalui pembinaan modular dan IBS serta penyelenggaraan bangunan sekolah yang lebih efisen dalam kadar segera.

  • Ringankan beban guru

Demi memastikan kualiti pendidikan boleh disampaikan dengan baik dan cemerlang, keutamaan hendaklah dimulakan dengan membina persekitaran untuk menyokong para guru.

Guru tidak seharusnya dibebankan dengan birokrasi yang melampau agar mereka dapat memberikan fokus terhadap pengaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Bagi jangka masa pendek, pertindihan prosedur dan laporan sedia ada kan dipekermaskan. Manakala untuk jangka panjang, peruntukan ynag mencukupi akan dipertimbangkan bagi melantik pembantu pengajar yang sesuai untuk membantu guru menjalankan tugas pentadbiran mereka.

#5 Hidup selesa di usia emas

Umum mengetahui setiap yang bekerja akan mula berpencen seawal usia 55 tahun sehingga 60 tahun. Apabila ingin bersara pelbagai perancangan dilakukan agar simpanan yang diperuntukan cukup menjelang hari tua.

Namun tidak semua berpeluang melakukan perkara tersebut, masih terdapat segelintir yang tidak dapat membuat simpanan hari tua yang sekaligus akan mengakibatkan mereka berisiko mengalami masalah kewangan.

Perkara ini dilihat serius oleh Pakatan Harapan dan menyatakan ia boleh diatasi dengan mewujudkan satu kehidupan selesa kepada rakyat yang sudah meniti usia emas.

Antara yang ditawarkan adalah:

  • Pengangkutan awam percuma

Perjalanan pengangkutan awam percuma bagi golongan warga emas berbanding 50% diskaun pada masa kini.

  • Elaun penjagaan warga emas

Mengiktiraf tanggungjawab penjagaan warga emas setaraf dengan piawaian antarabangsa serta memperuntukkan elaun khas bagi golongan ‘caretaker’ dan insentif kewangan bagi keluarga M40 dan B40 yang menjaga ahli keluarga dari golongan warga emas.

#6 Membela nasib orang kurang upaya (OKU)

Orang kurang upaya (OKU) merupakan antara golongan yang perlu diketengahkan bakat mereka. Ini kerana meskipun mempunyai kekurangan tetapi mereka juga mampu berdaya saing sama seperti manusia biasa.

Malah mereka juga berhak untuk memainkan peranan dalam bidang sosial, ekonomi, politik dan banyak lagi.

Oleh itu beberapa cadangan telah dikemukan untuk membela nasib golongan OKU seperti:

  • Penubuhan jabatan atau agensi OKU

Bagi memastikan kehidupan berkualiti dapat dinikmati warga OKU di masa hadapan, permasalahan OKU pada ketika ini seperti infrastruktur dan kelemahan sistem pendidikan perlu diselesaikan segara.

Pakatan Harapan akan menubuhkan sebuah agensi khas untuk menyelaraskan bantuan dan peruntukan dari pembalagi kementerian. Agensi ini juga boleh berperanana sebagai pemudahcara untuk memastikan hal ehwal kebajikan, keperluan serta permasalahan seperti potensi masa depan dan kualiti kehidupan warga ini diangkat menjadi keutamaan.

#7 Reformasi kesihatan

Masalah kesihatan dari segi mental kini menjadi suatu keutamaan yang perlu dititik beratkan. Ini kerana, rakyat yang mempunyai kesihatan mental yang stabil dapat memberikan kualiti hidup yang baik.

Oleh itu, Pakatan Harapan percaya bahawa reformasi kesihatan perlu dilakukan segera sebelum nasi menjadi bubur. Kesejahteraan rakyat berkait rapat dengan kesihatan sejagat.

  • Perlindungan kesihatan mental

Memberikan lebih perhatian untuk meningkatkan penjagaan kesihatan mental secara holistik termasuk meluaskan lipurtan skim insurans kepada merangkumi perlindungan dalam isu kesihatan mental.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.