fbpx
Now Reading
PRU15: “Calon PAS Tak Perlu Isytihar Harta, Kita Ratus Ribu Tak Sampai Juta” – Hadi Awang

PRU15: “Calon PAS Tak Perlu Isytihar Harta, Kita Ratus Ribu Tak Sampai Juta” – Hadi Awang

Menurut Hadi Awang, kebanyakan calon PAS yang bertanding pada PRU15 ini tidak memiliki harta yang banyak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak perlu mengisytiharkan harta yang dimiliki mereka.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, calon-calon partinya bukan sahaja cukup dikenali pengundi setempat malah mereka juga tidak memiliki harta yang banyak.

Ratus ribu tak sampai juta, tak perlu isytihar harta

“Harta kita (calon PAS) tidak banyak, orang lain sebut juta-juta, kita ratus ribu tidak sampai juta. Jadi tidak perlu isytihar.

“Orang kita (PAS) yang terlibat dengan politik ini berniaga pun kena sekat macam-macam,” kata Hadi di Rusila, Marang hari ini (11 November).

Kenyataan itu diberikan olehnya susulan beberapa calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertanding pada PRU15 telah mengistihar harta mereka.

Calon PAS tak isytihar harta tidak akan jadi isu besar

Tambah Hadi Awang, beliau percaya keputusan tidak mewajibkan calon PAS untuk mengisytihar harta tidak akan menjadi isu yang besar.

Penyandang kerusi Parlimen Marang itu juga tidak kisah sekiranya kenyataan yang dikeluarkan olehnya itu dipolitikkan oleh parti-parti yang lain.

Kebanyakan calon PKR sudah isytihar harta

Terdahulu, media melaporkan kebanyakan calon PKR telah mengisytihar harta mereka bagi membuktikan tiada penyalahgunaan kuasa sepanjang berkhidmat.

Antara calon tersebut ialah Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang mempunyai aset sebanyak RM18 juta dan juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memiliki harta/aset bernilai RM11 juta.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.