fbpx
Now Reading
PAS Tinggalkan DAP Bukan Sebab Hudud – Mat Sabu

PAS Tinggalkan DAP Bukan Sebab Hudud – Mat Sabu

Mat Sabu mendakwa Abdul Hadi tidak menceritakan perkara sebenar mengapa parti itu memutuskan hubungan dengan DAP.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu menyatakan dakwaan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu memutuskan hubungan dengan DAP kerana isu hukuman hudud adalah tidak benar.

Mat Sabu yang juga Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu berkata Abdul Hadi tidak menceritakan perkara sebenar punca PAS tidak mahu lagi bekerjasama dengan DAP kerana parti itu mahu bersama UMNO selepas pilihan raya umum (PRU) pada 2013.

PAS putuskan hubungan dengan DAP sebab ingin kerjasama dengan UMNO

Menurutnya, beliau mendakwa PAS memutuskan kerjasama dengan DAP kerana ingin mewujudkan kerajaan perpaduan dengan UMNO dan perkara itu dipersetujui dalam perbincangan Muktamar PAS pada 2015.

“Melalui perbincangan yang panjang tiba-tiba diisytiharkan Pas putus hubungan dengan DAP, tak timbul masalah hudud tak hudud ni. Ini kerana hal hudud telah dipersetujui dalam perbincangan sebelum itu (bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat).

“Ini kerana hal hudud sudah dipersetujui dalam perbincangan sebelum itu yang berlaku pada 29 September 2011 di Pejabat Pas di Jalan Raja Laut. Mereka yang hadir bagi pihak Pas adalah saya, Hadi Awang, (Datuk Seri) Dr Dzulkefly (Ahmad).

“Bagi pihak DAP wakil yang datang adalah (Tan Sri) Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh dan Anthony Loke manakala pihak Keadilan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, Datuk Seri Saifuddin Nasution dan beberapa lagi,” katanya dipetik Sinar Harian.

Kenyataan itu dikeluarkan beliau ketika berucap dalam ‘Ceramah Khas Membongkar Pembohongan Hadi Awang’ di Taman Sri Kaseh di sini pada malam Isnin (28 Ogos).

Menurutnya lagi, menerusi perbincangan tersebut semua parti mencapai keputusan yang bersetuju dalam beberapa perkara seperti melawan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), menjadi kerajaan yang bagus, melawan rasuah dan menjunjung Perlembagaan.

Jelas Mat Sabu, hanya dua perkara yang tidak dipersetujui dalam perbincangan itu dan satu daripadanya adalah isu hudud serta semua parti selepas itu setuju untuk meneruskan kerjasama politik termasuk PAS.

PAS sanggup lupakan perjuangan Negara Islam dan ganti dengan konsep Negara Berkebajikan

Ujar Ahli Parlimen Kota Raja itu lagi, PAS bukan sahaja setuju dengan keputusan mengenai isu hudud tetapi sebelum itu pada 2008 parti itu sanggup melupakan perjuangan Negara Islam dan menggantikan dengan konsep Negara Berkebajikan.

Selain itu, Mat Sabu berkata persetujuan PAS menggugurkan perjuangan Negara Islam itu berlaku dalam usaha menggabungkan semula PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjelang PRU pada 2008.

“DAP minta Negara Islam tidak disebut dan Pas bersetuju gantikan dengan Negara Berkebajikan, Pas sanggup gugur istilah Negara Islam ganti dengan Kerajaan Berkebajikan. Ada tak pemimpin Pas bagitau perkara ini? Kenapa dia sembunyikan fakta ini, dia bohong,” katanya.

Isu hudud tidak lagi jadi keutamaan PAS lepas jadi kerajaan

Ujarnya, hudud memang menjadi perjuangan PAS sejak dahulu tetapi apabila mereka mendapat kuasa dan menjadi sebahagian daripada kerajaan, isu itu tidak lagi menjadi keutamaan perjuangan mereka.

Sedangkan mereka boleh membawa usul dan perjuangkan isu hudud di Parliemn malah menteri agama semasa mereka menjadi sebahagian kerajaan adalah daripada PAS tetapi semua itu tidak menjadi kenyataan.

Bagaimanapun apabila mereka menjadi pembangkang semula ujar beliau, isu hudu muncul semula dan menjadi modal politik PAS dengan mendakwa mereka memutuskan hubungan dengan DAP kerana perkara tersebut.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.