“Ini Soal Hak Kemanusiaan, Warga Asing Perlu Diberi Izin Beli Beras di Malaysia Termasuk Beras Tempatan” – Mat Sabu
Terdahulu, media melaporkan cadangan Ketua Pemuda UMNO Dr. Muhammad Akmal yang mendesak kerajaan agar mengehadkan jualan beras tempatan kepada rakyat Malaysia.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak dua minggu yang lalu, hangat diperkatakan tentang isu kenaikan harga beras import dan juga kekurangan bekalan beras tempatan.
Isu ini nyata mengundang keresahan dalam kalangan rakyat Malaysia kerana ia merupakan makanan utama dan boleh memberi kesan kepada kehidupan seharian.
Terdapat juga dakwaan yang mengatakan berlaku penukaran label beras tempatan kepada beras import yang menyebabkan harga beras meningkat.
Walau bagaimanapun, dakwaan ini disangkal oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Mohamad Sabu.
Beliau memberi jaminan bahawa tiada sebarang aktiviti penukaran label beras tempatan kepada import malah isu kekurangan beras tempatan dalam pasaran juga adalah disebabkan oleh pembelian panik oleh pengguna.
Henti Keluar Kenyataan Berhubung Had Pembelian Beras Tempatan Kepada Warga Asing
Terbaharu, beliau mengingatkan agar semua pihak tidak terburu-buru mengeluarkan kenyataan atau mendesak kerajaan mengehadkan penjualan beras tempatan kepada warga asing.
Ini kerana hal tersebut perlu dipertimbangkan sewajarnya kerana ia berkait rapat dengan soal kemanusiaan.
“Kita tahu warga asing yang datang ke sini (Malaysia) antaranya kita yang panggil mereka (untuk bekerja) terutama sekali dalam sektor yang memerlukan tenaga seperti perladangan, pembinaan dan pengawal keselamatan.
“Bagi saya ia soal kemanusiaan, mereka perlu makan dan pertimbangan ini perlu. Dalam suasana begini, jangan kita gopoh sebab kalau pekerja kita (sendiri) berada di luar negara dan mereka tidak boleh dapat beras yang murah untuk makan, kita akan terasa.
“Jadi ini soal hak kemanusiaan, saya rasa perlu mereka terus diberi izin untuk membeli beras di Malaysia ini termasuk beras tempatan,” kata beliau yang dipetik daripada Utusan Malaysia.
Ada Cadangan Hadkan Pembelian Beras Tempatan Buat Rakyat Malaysia
Terdahulu, media melaporkan cadangan Ketua Pemuda UMNO Dr. Muhamad Akmal Saleh yang mendesak kerajaan agar menjual beras tempatan kepada rakyat Malaysia.
Menurut Akmal, ia sebagai langkah dalam usaha untuk menstabilkan krisis bekalan beras yang dihadapi oleh rakyat pada ketika ini.
Namun, kenyataan itu dibidas oleh Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa) Dato Seri Dr Jacob George yang menganggap cadangan tersebut sebagai tidak berperikemanusiaan dan hanya menyusahkan kerajaan.
Malah, Mat Sabu sebelum ini pernah memaklumkan bahawa kerajaan tidak bercadang untuk melarang penjualan beras putih tempatan kepada warga asing yang tinggal di negara ini.
Walau bagaimanapun, pada Jumaat (22 September) yang lalu, Akmal kekal dengan pendiriannya mahu kerajaan hanya menjual beras tempatan kepada rakyat Malaysia.
Dia turut meminta Presiden Cassa untuk turun sendiri melihat sendiri kesusahan yang dihadapi oleh rakyat dalam mendapatkan beras yang bersubsidi.
Baca Artikel Berkaitan: Harga Beras Naik Beri Kesan Kepada Isi Rumah & Peniaga
Baca Artikel Berkaitan: PMX Beri Jaminan Harga Beras Tempatan Tidak Akan Naik
Baca Artikel Berkaitan: Ahmad Maslan Kongsi Video Masak Nasi Goreng, Tapi Isu Beras Pula Dibangkitkan Netizen [Video]