fbpx
Now Reading
PMX Beri Jaminan Harga Beras Tempatan Tidak Akan Naik

PMX Beri Jaminan Harga Beras Tempatan Tidak Akan Naik

Menurut PM Anwar Ibrahim, beliau telah mengarahkan menteri-menteri terlibat untuk turun padang dan membuat pemantauan harga barang di pasaran memandangkan isu tersebut tidak boleh diambil ringan oleh kerajaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui, sejak belakangan ini harga beras menjadi isu utama yang hangat diperkatakan di media sosial.

Ia mula menjadi kebimbangan buat rakyat Malaysia susulan kenaikan harga makanan utama itu memberi impak kepada kehidupan seharian.

Terdapat juga dakwaan yang menyatakan berlaku penukaran label beras tempatan kepada import yang dijual dengan harga beras import lebih tinggi menjadi antara penyumbang kepada kenaikan harga ini.

Walau bagaimanapun, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu menyakinkan bahawa tiada sebarang aktiviti penukaran label beras tempatan kepada import seperti yang didakwa.

Tambah beliau, isu kekurangan beras tempatan dalam pasaran juga adalah disebabkan oleh pembelian panik oleh pengguna.

Perdana Menteri Jamin Harga Beras Tempatan Tidak Akan Naik

Terbaharu, jaminan tiada kenaikan harga beras tempatan turut diyakinkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi ucapannya dalam perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMKe-12) bagi Kementerian Kewangan semalam (19 September), beliau memberi jaminan bahawa harga beras tempatan tidak akan naik.

Menurut Anwar, beliau telah mengarahkan menteri-menteri terlibat untuk turun padang dan membuat pemantauan harga barang di pasaran memandangkan isu tersebut tidak boleh diambil ringan oleh kerajaan.

“Walaupun kita beri jaminan harga beras tempatan tidak naik tapi ada laporan tentang kekurangan di beberapa tempat dan mesti ditangani dengan baik, cuma saya harap Ahli Yang Berhormat faham (contohnya) kenaikan harga bawang, fahamkanlah bahawa sejak Ogos lalu duti eksport bawang dari India naik 40%.

“Dan kita kena faham ini dan India buat keputusan naikkan duit eksport bawang 40% dan tentunya bagi kita dari Malaysia yang membeli bawang dari India akan terkesan dari harga itu begitu juga keputusan India bulan lalu untuk hadkan (eksport) beras putih,” katanya.

Akan Ambil Langkah Beri Subsidi Tambahan

Beliau yang juga Menteri Kewangan turut menerangkan bahawa kenaikan harga barang ini juga adalah berdasarkan teori bekalan dan permintaan perkembangan.

Menurut beliau, bagi menjamin harga beras tempatan di paras yang rendah, kerajaan akan memberi subsidi tambahan.

“Jadi ikut teori bekalan dan permintaan bila eksport dihadkan harga naik maka kita tambah subsidi untuk menjamin beras tempatan tidak naik harga,” kata beliau lagi.

Baca Artikel Berkaitan: Ahmad Maslan Kongsi Video Masak Nasi Goreng, Tapi Isu Beras Pula Dibangkitkan Netizen [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Harga Beras Naik Beri Kesan Kepada Isi Rumah & Peniaga

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.