fbpx
Now Reading
Menteri Agama Sahkan Dakwaan Abdul Hadi Awang Diban Dari Arab Saudi Adalah Palsu

Menteri Agama Sahkan Dakwaan Abdul Hadi Awang Diban Dari Arab Saudi Adalah Palsu

Sebelum ini, tular dakwaan menyatakan Abdul Hadi Awang telah diban dari memasuk Arab Saudi kerana mempunyai ideologi pengganas.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama, Datuk Mohd Na’im Mokhtar tampil mengesahkan bahawa kenyataan mendakwa Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang telah dilarang dari memasuki Arab Saudi adalah tidak benar.

Hal tersebut dimaklumkan sendiri oleh Kedutaan Arab Saudi pada 31 Julai selepas menghubunginya untuk mendapatkan kepastian.

“Saya telah hubungi Kedutaan Arab Saudi semalam untuk dapatkan kepastian. Saya dimaklumkan oleh Timbalan Duta Besar Arab Saudi bahawa kenyataan tular itu adalah palsu,” jelasnya.

Tak tahu apa motif sebarkan berita palsu

Menurutnya, beliau juga pelik dengan motif berita palsu tersebut disebarkan.

“Hanya Allah yang tahu (niat pihak tidak bertanggungjawab), namun saya harap semua pemimpin politik dan mereka yang dicalonkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) dapat berkempen secara sihat,” kata Na’im, dipetik MalaysiaGazette.

Minta ahli politik fokus kepada dasar dan jangan jatuhkan maruah pihak lain

Beliau dalam masa sama turut menasihatkan ahli politik agar tidak melakukan kempen fitnah, mencerca pihak saingan mahupun menjatuhkan maruah orang lain khususnya semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) yang sedang berlansung ini.

Selain itu, beliau turut meminta agar fokus kepada polisi serta dasar yang mahu dibentangkan kepada rakyat tanpa memprejudiskan individu lain.

Malah turut berharap agar perbezaan strategi politik tidak akan menjadi punca kepada kemusnahan sebuah perpaduan yang dimiliki pada hari ini.

Tular kenyataan dari Arab Saudi mendakwa Presiden PAS diban dari negara itu

Terdahulu, tular satu kenyataan yang mendakwa presiden parti berkenaan telah diban dari memasuki Arab Saudi untuk selamanya kerana mempunyai ideologi pengganas.

Perkara itu kemudian telah mendapat perhatian orang ramai termasuklah parti itu sendiri yang tampil menempelak dakwaan tidak benar tersebut.

Tak ada idea untuk lawan secara demokratik, matang dan bermaruah

Malah mereka turut menyatakan pihak berkenaan sudah tidak mempunyai idea untuk berlawan secara demokratik, matang dan juga bermaruah pada PRU akan datang ini.

Dalam hantaran dimuat naik di Twitter, PAS turut berkongsi fakta mengenai kenyataan rasmi negara berkenaan yang menggunakan tahun hijrah bukan masihi seperti dalam kenyataan itu.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.