fbpx
Now Reading
“Ketika Gaza Berdarah, Pak Arab Bergembira” – Riyadh Season 2023 Di Arab Saudi Raih Kecaman [Video]

“Ketika Gaza Berdarah, Pak Arab Bergembira” – Riyadh Season 2023 Di Arab Saudi Raih Kecaman [Video]

Ramai pihak berpendapat bahawa festival tersebut sepatutnya dihentikan buat sementara waktu bagi menghormati tragedi yang sedang melanda Palestin.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Konflik di antara Palestin dan Israel pada ketika ini sedang mendapat perhatian di seluruh dunia berikutan ribuan nyawa orang awam yang terkorban angkara peperangan terbabit.

Lebih menyayat hati, serangan udara yang dilakukan oleh rejim Zionis di Semenanjung Gaza juga telah membunuh lebih 3,400 nyawa kanak-kanak.

Berikutan itu, kebanyakan negara termasuk Malaysia telah melakukan solidariti terhadap Palestin bagi memastikan negara berkenaan mendapat pembelaan sewajarnya.

Baca Artikel Berkaitan: “Kamu Salah Pilih Orang” – PM Anwar Dedah Akan Terus Pertahan Palestin Meski Terima Ugutan Barat

Arab Saudi dikecam, anjur festival muzik ‘Riyadh Season 2023’ dicsaat Palestin menderita

Bagaimanapun, Arab Saudi baru-baru ini telah mendapat kecaman hebat daripada orang ramai selain disifatkan sebagai tidak prihatin terhadap nasib penduduk Palestin.

Hal ini berikutan pada ketika ini Arab Saudi tetap meneruskan festival muzik terbesarnya iaitu ‘Riyadh Season 2023’ yang telah bermula sejak 28 Oktober lalu.

Suasana meriah sekitar festival dengan dihadiri ribuan pengunjung untuk bergembira

Menerusi perkongsian video di akaun Twitter @RTEUrdu, kelihatan suasana di kawasan festival tersebut dipenuhi dengan lampu berwarna-warni serta tembakan bunga api.

Tidak hanya itu, dapat dilihat juga kawasan berkenaan dibanjiri dengan ribuan pengunjung yang datang untuk berhibur.

Arab Saudi didakwa tidak endah dan prihatin dengan nasib penduduk di Palestin

Susulan itu, kebanyakan orang mendakwa Arab Saudi seolah-olah tidak mengendahkan nasib serta prihatin terhadap nasib penduduk Palestin pada ketika ini yang tanpa henti diserang tentera Israel.

Ramai pihak berpendapat bahawa festival tersebut sepatutnya dihentikan buat sementara waktu bagi menghormati tragedi yang sedang melanda Palestin.

Menjengah ke ruangan komen, netizen turut berkongsi beberapa poster dan video berbaur peringatan buat Arab Saudi tentang apa yang terjadi di Semenanjung Gaza ketika ini.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.