Tidak dinafikan sejak semalam media sosial dipenuhi dengan orang ramai yang mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri ke-10 Malaysia.
Malah, setiap orang mempunyai cara yang tersendiri untuk meraikan kegembiraan tersebut ada yang melaungkan jeritan ‘reformasi’ ada juga yang menangis kegembiraan dan banyak lagi.
Lelaki kibar bendera PH ketika menonton World Cup 2022
Namun seorang pengguna Twitter, @devprasad888 mencuri tumpuan apabila memuat naik satu video yang memaparkan aksi selamba seorang lelaki yang mengibarkan bendera Pakatan Harapan (PH) ketika sedang menonton satu perlawanan bola sepak.
Menerusi video tersebut, lelaki itu yang mengenakan baju kuning dilihat mengibarkan bendera itu sewaktu menonton perlawanan bola sepak Brazil menentang Serbia dalam kejohanan World Cup 2022 yang sedang berlangsung di Qatar.
Perkara itu secara tidak langsung mencuri tumpuan orang ramai yang tidak menyaka ada bendera parti Malaysia yang dikibarkan di stadium berkenaan.
Tidak kurang juga ada yang terhibur dengar reaksi individu di sebelah lelaki tersebut yang mungkin keliru dengan apa yang berlaku.
Ada juga yang berpendapat mungkin lelaki ini terlalu gembira dengan pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri hingga nekad berbuat demikian.