fbpx
Now Reading
“Sedihnya”- Tular Video Kanak-Kanak Sambut Hari Jadi Pertama Sebelum Ibu Meninggal Dunia Buat Ramai Sebak
ibu sempat sambut hari lahir anak sebelum meninggal dunia

“Sedihnya”- Tular Video Kanak-Kanak Sambut Hari Jadi Pertama Sebelum Ibu Meninggal Dunia Buat Ramai Sebak

Siapa sangka ternyata sambutan itu adalah yang pertama dan terakhir buat Yusuf bersama arwah ibu. Semoga si kecil ini membesar menjadi anak yang soleh hendaknya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sambutan hari jadi merupakan satu perkara yang sangat penting buat seorang ibu, terutamanya kepada anak kecil yang sedang membesar.

Adakalanya apabila tiba sahaja hari jadi si kecil pasti ibulah antara insan yang paling gembira untuk membuat persiapan bagi meraikan hari istimewa anaknya.

Kanak-kanak sambut hari jadi bersama ibu undang perhatian ramai

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial dikongsikan oleh @Sour_Candy memaparkan sambutan hari jadi seorang kanak-kanak yang baru sahaja kehilangan seorang ibu hingga membuatkan ramai tersentuh.

Menerusi video tersebut, wanita itu menyatakan bahawa kanak-kanak yang dikenali sebagai Haider Yusuf itu baru sahaja menyambut ulang tahun pertamanya bersama dengan ibu dan bapanya.

Namun siapa sangka ternyata majlis hari jadi itu rupanya adalah sambutan yang pertama dan terakhir buat si kecil ini bersama dengan ibu tersayang.

Ini kerana menurut wanita itu dia memaklumkan bahawa ibu Yusuf telah meninggal dunia sehari selepas sambutan itu diraikan.

@nzra_d

Al-Fatihah Athirah Jaafar🤍 Semoga ibu yusuf ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman. Semoga Yusuf membesar menjadi anak yg soleh🫶🏻❤️ #alfatihah #kasihibu #syurgakuduniaakhirat #yusuf #foryou #duniakhirat

♬ Bebaskan Diriku Cover – ♪ D e d y 🍁

Muat naik beberapa momen manis ketika sambutan hari jadi Yusuf

Wanita itu turut memuat naik beberapa video yang menunjukkan kemeriahan sambutan hari jadi itu dan juga saat-saat akhir ibu Yusuf sebelum dikebumikan.

@nzra_d

Al-Fatihah Athirah Jaafar (Ibu Yusuf)🤍✨. Semoga Yusuf membesar dengan baik dan menjadi anak soleh 🫶🏻🥰 #alfatihah #yusuf #ibuyanghebat #anaksoleh #kasihibu #kematianitupasti #fyppppppppppppppppppppppp

♬ suara asli – Roni Ramadhan – Roni Ramadhan
@nzra_d

Alhamdulillah 🤍✨. Terima kasih atas doa semua untuk arwah Ibu Yusuf🥰. Semoga arwah Ibu Yusuf ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman. Amin YRA❤️. “(Yusuf) Ingat pesan Ibu, dah besar kelak jadilah seorang yg berbakti kepada Ayah, ahli keluarga yg lain, dan menjadi anak yg soleh, Inshaallah,nanti jumpa Yusuf di syurga 🤍🥹.” #Ibuyusuf #yusuf #anakyatim #syurgabuatmuibu #alhamdulillah #alfatihah #syurgamenantimu🤲😭

♬ Kali terakhir ku lihat wajahmu – Amsyarleee

Arwah ibu turut kongsi kegembiraan sambut hari lahir anak di Facebook

Apa yang lebih menyedihkan, kegembiraan menyambut hari jadi Yusuf itu turut dikongsikan oleh ibunya di dalam laman Facebook dengan ucapan yang cukup menyentuh hati.

“Alahamdulillah selesai dah majlis, terima kasih banyak kepada keluarga yang ada banyak tolong dan menjayakan majlis.

“Barakallah Fii Umrik Haider Yusuf, semoga menjadi anak yang soleh, anak yang bijak pandai, anak yang taat kepada kedua orang tua, disenangi ramai orang, diberikan kesihatan tubuh badan amin ya rabb,” ucapnya.

Meninjau di ruangan komen, ramai yang tersentuh dengan perkongsian itu dan mendoakan agar ibu Yusuf ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

‘Allhuakbar.. saya seorang ibu.. anak lelaki sebaya Yusuf, sangat tersentuh’

‘Al-fatihah buat arwah’

‘Salam takziah buat baby Yusuf dan keluarga…’

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.