fbpx
Now Reading
“3 Tingkat Bai!” – Perbezaan Rumah Orang Kaya & Miskin Di Bosnia Undang Perhatian Ramai [Video]
Beza rumah orang miskin dan kaya

“3 Tingkat Bai!” – Perbezaan Rumah Orang Kaya & Miskin Di Bosnia Undang Perhatian Ramai [Video]

Menurut Thaqib, rumah yang didiami oleh golongan miskin dibina oleh bantuan kemanusiaan Bosnia dan ia boleh diduduki secara percuma selepas beberapa tahun.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bagi mereka yang gemar melancong ke luar negara antara perkara yang menarik untuk diteroka adalah kehidupan masyarakat di kawasan berkenaan.

Malah kita juga mengetahui bahawa setiap bangsa, etnik di sesebuah negara mempunyai cara hidup yang berbeza-beza.

Adakalanya perubahan kehidupan mereka ini adalah disebabkan perkara yang terjadi disekeliling mereka. Maka dari situlah kita dapat belajar sejarah kehidupan mereka.

Lelaki kongsi perbezaan rumah orang kaya dan miskin

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok dikongsikan oleh Thaqib Shaker yang menunjukkan perbezaan rumah orang kaya dan miskin di negara Bosnia.

Menerusi video tersebut, Thaqib pada mulanya menunjukkan sebuah rumah tiga tingkat berwarna oren di sebuah kawasan sebelum membandingkannya dengan sebuah lagi rumah besar namun dindingnya tidak dicat sebaliknya hanya ditutupi dengan batu bata.

Rumah orang kaya dan miskin sama besar dan boleh diduduki secara percuma

Jelas lelaki itu, rumah yang tersergam indah tersebut merupakan rumah kepada golongan orang kaya manakala rumah yang hanya ditutupi dengan batu bata pula adalah rumah kepada golongan orang miskin.

Namun apa yang mengejutkan adalah saiz dan jenis kedua-dua rumah yang sama iaitu rumah banglo tiga tingkat.

“Walaupun orang itu miskin tetapi mereka masih ada rumah sebesar itu. Kemudian banyak rumah orang miskin di Bosnia ini dibina oleh bantuan kemanusiaan Bosnia.

“Kemudian selepas beberapa tahun ia boleh diduduki secara percuma. Makna kata kalau rumah tu sewa dalam beberapa tahun kemudian mereka akan duduk secara percuma disitu.

Dia lalu meminta agar orang ramai menjadikan perkara itu sebagai contoh supaya kita semua dapat melakukan hal yang sama seperti Bosnia.

Meninjau di ruangan komen, video itu bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi di kalangan orang ramai apabila ada yang teruja dan ada juga yang membezakan situasi tersebut dengan Malaysia.

Ini kerana ramai merasakan terdapat banyak lagi golongan fakir miskin serta orang ‘kurang mampu’ di Malaysia yang masih belum memiliki rumah dan perlu menyewa walhal orang kaya berebut-rebut menambah aset hartanah mereka.

Untuk makluman, Bosnia pada tahun sekitar 1992 hingga 1995 pernah menjadi perhatian dunia disebabkan peperangan.

Malah dalam peperangan tersebut ratusan ribu nyawa turut menjadi korban.

“Rumah orang miskin tu lagi cantik dari rumah orang kaya..”

“Tak terkata”

“Alhamdulillah, semoga Allah beri hidayah pada semua pemimpin dan orang yang telah berjaya”

“Kalau buat dekat Malaysia silap hari bulan dia pergi jual balik rumah tu bang”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.