fbpx
Now Reading
Jadi Gemuk Kerana Banyak Diberi Makan, Kucing Di Poland Terpaksa Diet

Jadi Gemuk Kerana Banyak Diberi Makan, Kucing Di Poland Terpaksa Diet

Malah doktor haiwan turut menyarankan agar kucing bernama Gacek itu menurunkan berat badannya sebanyak empat ke lima kilogram.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kucing merupakan salah satu binatang yang sering dijadikan sebagai haiwan peliharaan.

Wajah yang comel dan bulu yang gebu juga membuatkan para peminat kucing geram melihat telatah mereka.

Bukan hanya itu, sifat yang manja juga membuatkan orang ramai senang untuk mendekati haiwan ini.

Malah kucing di beberapa negara seperti Turkiye, Jepun dan banyak lagi turut dijadikan sebagai tarikan pelancong.

Kucing jalanan di Poland terpaksa diet sebab banyak makan

Perkara sama turut berlaku di bandar Poland apabila seekor kucing jalanan berwarna hitam putih juga menjadi tarikan pelancong.

Malah disebabkan ia menjadi tumpuan pelancong, kucing ini menjadi semakin gemuk hingga terpaksa menjalani diet akibat ramai yang memberinya makan.

Kucing yang diberi nama sebagai Gacek juga turut telah dikeluarkan daripada carian Google sebagai tempat tumpuan pelancong meskipun ia sebelum ini mendapat lima bintang daripada para pengulas (reviewer).

Penduduk tempatan di bandar tersebut turut meluahkan kebimbangan mereka mengenai kesihatan kucing berkenaan serta mahu menghalang orang ramai khususnya pelancong dari terus memberikan haiwan berkenaan makan.

Doktor sarankan kucing turun berat 4-5 kg

Malah seorang doktor haiwan turut mengesyorkan agar kucing yang bercorak seperti memakai sut hitam itu untuk menurunkan berat badan sebanyak empat hingga lima kilogram.

Selain itu mereka juga mahu mencari tempat tinggal baru buat Gacek.

Memetik laporan Metro UK, persatuan kebajikan haiwan di bandar berkenaan pada bulan Oktober lalu memaklumkan kucing itu telah menjumpai rumah baharu dan ketika gambarnya disiarkan dia kelihatan lebih kurus.

“Saya bukan lagi Gacek. Mulai hari ini, panggil saya George.. Gorge Clooney dalam versi kereta. Itulah saya yang baharu.

“Saya cergas dan saya berlari naik turun tangga, dan melompat di atas meja,” kata mereka yang menyiarkan gambar kucing berkenaan.

Selain Gacek kucing tersebut turut dikenali dengan nama ‘Raja Kaszubska’. Dia dikenali dengan gelaran tersebut kerana sebelum ini tinggal di Szczecin.

Malah, si comel itu sebelum ini pernah cuba diculik oleh seorang wanita yang menangkapnya sebelum masuk ke dalam teksi.

Haiwan comel ini turut pernah menduduki tangga tertinggi di Google kerana tarikan pelancong selain Castle of Pomeranian Dukes dan terowong bawah tanah WWII.

Foto: Via IG Kot Gacek Everyday
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.