fbpx
Now Reading
WhatsApp Desktop Kini Sokong 8 Orang Untuk Panggilan Video

WhatsApp Desktop Kini Sokong 8 Orang Untuk Panggilan Video

Buan itu sahaja, pengguna WhatsApp anda juga boleh melakukan panggilan audio hingga 32 orang dan Meta menjangkakan had bagi kedua-dua ciri ini akan dinaikkan dari masa ke semasa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kami yakin rata-rata pengguna internet pasti menggunakan aplikasi WhatsApp untuk sebarang komunikasi pantas berbanding aplikasi-aplikasi lain.

Malah statistik menunjukkan Whatsapp tiada tandingannya di mana ia mencatatkan 2.2 bilion pengguna aktif setiap bulan.

Cirinya yang pantas dan mudah selain boleh diakses melalui banyak peranti iaitu menerusi aplikasi pada telefon dan juga komputer iaitu dari WhatsApp Web serta WhatsApp Desktop membuatkan ianya terus menjadi pilihan orang ramai.

Namun terdapat sedikit kekurangan pada aplikasi di komputer berbanding WhatsApp di telefon di mana ia tidak boleh menerima panggilan panggilan video selain tidak dapat menerima panggilan audio secara berkumpulan.

Terbaharu, META telah memperkenalkan aplikasi baru WhatsApp untuk peranti Windows yang dibina dengan antara muka serupa seperti versi aplikasi telefon

Yang menariknya aplikasi ini membolehkan pengguna membuat panggilan video secara kumpulan dan boleh dilakukan bersama lapan orang dalam satu masa.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh melakukan panggilan audio hingga 32 orang dan Meta menjangkakan had bagi kedua-dua ciri ini akan dinaikkan dari masa ke semasa.

Memandangkan WhatsApp diguna oleh ramai kami yakin ciri terbaharu ini akan lebih memudahkan pengguna untuk berinteraksi sesama sendiri.

Pemerhatian kami bagaimanapun mendapati aplikasi terbaharu ini dikhususkan untuk pengguna Windows sahaja.

Namun Meta baru-baru ini ada melancarkan WhatsApp Beta untuk pengguna Android dan Mac.

Muat turun aplikasi WhatsaAp untuk Windows di sini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.