fbpx
Now Reading
Israel Minta Meta & TikTok Turunkan Kandungan Berkaitan Peperangan Di Palestin

Israel Minta Meta & TikTok Turunkan Kandungan Berkaitan Peperangan Di Palestin

Menurut Pejabat Pendakwa Raya Israel, pihaknya telah meminta untuk mengeluarkan kandungan yang mencetuskan keganasan dan berbentuk promosi kumpulan yang dianggap sebagai pengganas termasuk Hamas dan Jihad Islam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penderitaan dan kesengsaraan rakyat Palestin akibat kekejaman Rejim Zionis nyata menjadi perhatian masyarakat dunia.

Sebagai usaha untuk menghentikan perbuatan keji dan tidak bermoral Rejim Zionis ini, kebanyakan individu daripada seluruh dunia lantang menyuarakan sokongan terhadap rakyat Palestin melalui media sosial antaranya seperti Twitter, Facebook dan TikTok.

Ini kerana platform tersebut dilihat dapat memberi pengaruh yang lebih kuat terutama dalam menyedarkan masyarakat mengenai kekejaman Israel.

Israel Minta Meta & TikTok Turunkan Kandungan Berkaitan Konflik Dengan Palestin

Terbaharu, Meta dan TikTok dikatakan telah menerima lebih 8,000 permintaan daripada Israel untuk mengeluarkan kandungan yang berkaitan konflik dengan Palestin.

Menurut Pejabat Pendakwa Raya Israel, ini kerana kandungan-kandungan itu didakwa telah melanggar dasar syarikat-syarikat tersebut. Difahamkan, setakat ini, 94% dari kandungan tersebut telahpun dibawa turun.

Memetik Forbes, Pejabat Pendakwa Raya Israel berkata, pihaknya telah meminta untuk mengeluarkan ‘kandungan yang mencetuskan keganasan dan berbentuk promosi kumpulan yang dianggap sebagai pengganas’ ini termasuk Hamas dan Jihad Islam.

Malah, mereka juga turut meminta beberapa lagu yang memuji pejuang Hamas dan dijadikan sebagai latar belakang muzik video turut diturunkan.

Polisi Setiap Platform Adalah Berbeza

Dalam pada itu, TikTok memberitahu Forbes bahawa polisi mereka adalah untuk mengeluarkan kandungan yang bersifat pro-Hamas dan video yang menggunakan latar belakang muzik tersebut.

Polisi setiap platform juga adalah berbeza namun bagi Google, TikTok dan Facebook, platform ini melarang kesemua bahan yang mengandungi atau ‘mempromosikan pengganas’ termasuk Hamas yang dianggap sedemikian oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Malah, video yang mengandungi keganasan terhadap individu atau kumpulan berdasarkan etnik, kewarganegaraan, bangsa dan agama turut disekat.

Peratus Pengeluaran Kandungan Adalah Berbeza Mengikut Platform

Difahamkan, hampir 60% daripada 9,500 permintaan untuk mengeluarkan kandungan telah dibuat di laman sosial Facebook dan Instagram. Manakala, berdasarkan data di agensi, 26% permintaan dibuat di TikTok.

Bagi platform Twitter (X), sebanyak 10% permintaan dibuat secara terus terhadap laman tersebut manakala 5% daripada platform YouTube dan Telegram.

Malah, agensi rejim itu mendedahkan kepada Forbes bahawa permintaan untuk menurunkan kandungan berkaitan telah meningkat 10 kali ganda sejak konflik Palestin dan Israel pada 7 Oktober yang lalu.

Wujud Cabaran Keluarkan Kandungan Di Telegram

Namun, menurut jurucakap Pejabat Pendakwa Raya Hadar Katz, wujud cabaran dalam mengeluarkan kandungan tersebut di Telegram.

Menurutnya, Telegram tidak memenuhi permintaan dan terdapat cabaran besar dalam kerjasama di antara mereka apabila platform itu menggunakan akaun berkaitan Hamas dengan berkongsi rakaman yang mengerikan sejak serangan pada 7 Oktober yang lalu.

Tiada Kenyataan Dari Meta, Telegram & Twitter

Walau bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan dari Meta, Telegram dan Twitter berhubung permintaan tersebut.

Namun, YouTube dan Google menyatakan bahawa sememangnya terdapat peningkatan kandungan sejak perang bermula.

“Berikutan serangan pejuang Hamas di Israel dan konflik yang semakin memuncak kini berlaku di Israel dan Gaza, kami sudah mengeluarkan puluhan ribu video berbahaya dan menamatkan ratusan saluran,” kata jurucakap Sarah Colvin Rowley.

Baca Artikel Berkaitan: Meta Perjelas Gangguan ‘Bug’ Punca Akaun Media Sosial Disekat Lepas Kongsi Isu Palestin

Baca Artikel Berkaitan: TikTok Nafi Terdapat Sekatan Terhadap Kandungan Pro Palestin Di Negara Ini

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.