fbpx
Now Reading
‘Meta Verified’ Mula Diperkenalkan di Malaysia Secara Berperingkat

‘Meta Verified’ Mula Diperkenalkan di Malaysia Secara Berperingkat

Selain daripada tanda ‘bluetick’ dan perlindungan daripada akaun palsu, pelanggan juga bakal menerima sejumlah pelekat eksklusif yang boleh digunakan pada Instagram Stories dan Reels.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, Pengasas Meta, Mark Zuckerbeg mengumumkan pengguna Instagram dan Facebook boleh mendapatkan tanda ‘bluetick’ atau verified pada akaun milik mereka.

Ia merupakan ciri baharu yang dikenali sebagai Meta Verified yang boleh berfungsi sebagai pengesahan kepada akaun pengguna.

Malah, ia juga memberi perlindungan tambahan daripada akaun palsu yang cuba meniru akaun pengguna.

Sebelum ini, Mark mengumumkan penggunaan ciri ini hanya akan dilaksanakan secara berperingkat iaitu bermula di Australia dan New Zealand dengan harga yang ditawarkan adalah USD $11.99 (sekitar RM54) menerusi web dan USD $14.99 (sekitar RM68) menerusi Android dan iOS.

Meta Verified Mula Diperkenalkan Di Malaysia, Hanya RM41.99 Bagi Akaun Instagram

Kini, Meta Verified secara rasmi mula diperkenalkan di Malaysia. Pengguna boleh melanggan dengan pakej serendah RM41.99 sebulan bagi memperolehi tanda ‘Bluetick’ di akaun Instagram.

Selain daripada tanda ‘bluetick’ dan perlindungan daripada akaun palsu, pelanggan juga bakal menerima sejumlah pelekat eksklusif yang boleh digunakan pada Instagram Stories dan Reels.

Malah, sokongan bantuan juga akan diberikan secara langsung buat pengguna yang melanggan ciri ini.

Ciri Akan Diperkenalkan Secara Berperingkat

Memetik amanz, sokongan Meta Verified pada masa kini tidak tersedia buat Facebook. Namun, ia akan ditawarkan secara berperingkat kepada semua pengguna aplikasi berkenaan kelak.

Namun, semakan kami menerusi laman web Facebook, harga yang dipaparkan adalah RM36.99. Paparan ini boleh diakses dengan menaip Meta Verified pada ruangan carian Facebook.

Foto: Meta Verified

Bagi pengguna Threads, langganan Meta Verified melalui Instagram secara automatik akan dihubungkan dengan akaun berkenaan.

Meta juga menyatakan bahawa bagi akaun Facebook dan Instagram, pengguna perlu membuat langganan yang berbeza.

Buat pelanggan, anda perlu mengimbas Kad Pengenalan Diri (MyKad) ketika membuat langganan bagi tujuan pengesahan.

Foto: Meta Verified

Untuk info, sebelum melanggan ciri ini, terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh pengguna. Antara syarat berkenaan adalah:

  • Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun ke atas
  • Menggunakan nama penuh sebenar kepada profil awam atau peribadi dan mempunyai gambar profil yang memaparkan wajah
  • Mempunyai pengesahan dua faktor selepas pembayaran
  • Memenuhi syarat minimum seperti sejarah aktiviti di akaun
  • Mempunyai kad pengenalan diri yang dikeluarkan oleh kerajaan yang sepadan dengan nama dan gambar
  • Memenuhi syarat dan terma serta standard komuniti yang ditetapkan.

Baca Artikel Berkaitan: “Mungkin Keluar Kenyataan Tak Benar & Biadap”- Meta Minta Pengguna Tidak Kecil Hati Jika Dihina Chatbot Facebook

Baca Artikel Berkaitan: Meta Padam Ratusan Akaun & Page ‘Palsu’ Di FB Serta Instagram. Dakwa Ia Ada Kaitan Dengan PDRM

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.