fbpx
Now Reading
Cuaca Panas: KPM Arah Aktiviti Luar Bilik Darjah Termasuk Sukan & Rentas Desa Ditangguhkan

Cuaca Panas: KPM Arah Aktiviti Luar Bilik Darjah Termasuk Sukan & Rentas Desa Ditangguhkan

KPM menerusi satu hantaran di Facebook berkata, penangguhan aktiviti ini membabitkan murid-murid, guru dan pensyarah bagi semua aktiviti luar bilik seperti merentas desa, sukan, kawad dan banyak lagi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengarahkan semua institusi di bawah seliaannya supaya menangguhkan aktiviti luar bilik darjah ekoran dari cuaca yang panas melanda negara pada ketika ini.

KPM menerusi satu hantaran di Facebook berkata, penangguhan aktiviti ini membabitkan murid-murid, guru dan pensyarah bagi semua aktiviti termasuk:

  • Merentas desa
  • Kawad
  • Sukan dan permainan
  • Perkhemahan
  • Pengajaran dan pembelajaran (PdP) luar bilik darjah.

“Mengambil kira cuaca panas dan kering berpanjangan sedang melanda negara, institusi pendidikan bawah KPM diminta menangguhkan semua aktiviti luar melibatkan murid, guru serta pensyarah,” kata KPM.

KPM sebelum ini menerusi Garis Panduan Penutupan Institusi Pendidikan Bawah KPM Semasa Cuaca Panas yang ditandatangani Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Norisah Suhaili membuat penetapan membenarkan sekolah ditutup sekiranya cuaca panas melebih 37 darjah Celcius untuk tiga hari berturut-turut.

KPM menerusi satu lagi surat edaran kemudiannya memberikan kebenaran khas kepada murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana di sekolah untuk memakai pakaian atau baju sukan yang sopan ekoran dari cuaca panas.

Sebagai info, cuaca panas yang melampau boleh mengakibatkan berlakunya strok haba khususnya di kalangan kanak-kanak dan juga warga emas.

Keadaan ini boleh menyebabkan suhu badan seseorang individu meningkat hingga mencecah kepada 40°C atau lebih.

Ia merupakan sesuatu yang bahaya dan boleh meragut nyawa disebabkan dihidrasi kerana kekurangan air di dalam badan.

Antara simptom strok haba adalah demam panas lebih dari 40°C, keadaan mental yang luar biasa seperti percakapan tak jelas, peluh berlebihan, kulit panas, kering dan radang, sakit kepala dan lain-lain.

Untuk mengetahui langkah berjaga-jaga yang boleh dilakukan baca artikel di bawah:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.