fbpx
Now Reading
Lelaki Menyamar Pakai Telekung Cuba Curi Duit Tabung Masjid Dicekup Polis

Lelaki Menyamar Pakai Telekung Cuba Curi Duit Tabung Masjid Dicekup Polis

Menurut Mohd Zaid, polis turut merampas baju t-shirt, telekung berwarna biru, sehelai seluar warna hitam dan juga motosikal jenis Yamaha LC 135.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang lelaki sanggup menyamar dengan memakai telekung untuk mencuri wang dalam sebuah tabung di masjid Seksyen 9 Bandar Baru Bangi, Selangor, pada 18 Mei lalu.

Walau bagaimanapun, cubaan lelaki yang juga penganggur untuk membawa lari wang dalam tabung masjid itu gagal selepas tindakannya disedari seorang pengawal keselamatan.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan memaklumkan pihak polis menerima laporan berhubung kes tersebut sekitar jam 3.45 petang pada 19 Mei lepas.

Pengadu terima panggilan sebelum semak rakaman CCTV

Dalam kejadian itu, pengadu memaklumkan telah menerima panggilan dari seorang pengawal keselamatan bertugas tentang cubaan individu berkenaan untuk mencuri duit tabung masjid.

“Pengadu kemudiannya membuat semakan rakaman CCTV dan mendapati suspek adalah seorang lelaki yang memakai telekung berwarna biru, berseluar hitam dan berpelitup muka cuba memancing duit daripada tabung masjid yang berada di bahagian koridor luar tepi masjid.

“Siasatan awal mendapati suspek tidak sempat mencuri duit tabung masjid dan usaha mengejar suspek telah dilakukan oleh pengawai keselamatan namun suspek berjaya melarikan diri,” ujarnya.

Penggangur ditahan, baju, telekung dan motosikal turut dirampas

Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis dari Balai Polis Bandar Baru Bangi telah berjaya menahan seorang lelaki berusia 23 tahun di Flat Kajang Mewah sekitar jam 3 petang, semalam (24 Mei).

Polis turut merampas sehelai baju t-shirt lengan panjang warna hitam tulisan Gucci, sehelai kain telekung berwarna biru, sebuah motosikal jenis Yamaha LC 135 warna hitam yang dipercayai digunakan ketika kejadian.

“Dengan penangkapan suspek, pihak polis percaya dapat menyelesaikan beberapa kes kecurian duit atau telefon bimbit di dalam masjid dan surau di sekitar kawasan Bandar Baru Bangi.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 380/511 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara selama tempoh yang boleh sampai sepuluh tahun dan boleh juga dikenakan denda dan bagi kesalahan kali yang kedua atau kemudian hendaklah dihukum dengan penjara dan boleh juga dikenakan denda atau sebat.”

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut diminta menghubungi IPD Kajang di talian 03 89114222 atau mana-mana Balai Polis atau terus menghubungi Pegawai Penyiasat kes Sjn Muhammad Fadeli Safii di talian012 5373134 untuk membantu siasatan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.