fbpx
Now Reading
Mahkamah Isytihar Norjuma Bankrap Selepas Gagal Bayar Tuntutan RM260,400

Mahkamah Isytihar Norjuma Bankrap Selepas Gagal Bayar Tuntutan RM260,400

Peguam Muhammad Hassanuddin Roslan yang mewakili Fame Up Entertainment berkata, Norjuma sudah dimaklumkan mengenai prosiding pada jam 9 pagi ini, namun dia tidak hadir dan mahkamah sudah dimaklumkan mengenainya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini (21 Mac) mengisytiharkan usahawan selebriti Norjuma Habib Mohamed sebagai bankrap selepas gagal membayar RM260,400 kepada Fame Up Entertainment.

Pengiystiharan bankrap itu dilakukan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Siti Zulaikha Nordin @Ghani selepas mendengar petisyen kreditor yang difailkan oleh syarikat berkenaan pada Oktober 2022.

Memetik Harian Metro, peguam Muhammad Hassanuddin Roslan yang mewakili Fame Up Entertainment berkata, Norjuma sudah dimaklumkan mengenai prosiding pada jam 9 pagi ini, namun dia tidak hadir dan mahkamah sudah dimaklumkan mengenainya.

Tambah Muhammad Hassanuddin, notis kebankrapan itu difailkan pada 26 Oktober tahun lalu.

“Kami percaya Jabatan Insolvensi akan meneruskan proses kebankrapan ini.

“Mahkamah memutuskan (Norjuma) bankrap selepas dia gagal melunaskan bayaran untuk petisyen kreditor,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Fame Up Entertainment telah memfailkan notis kebankrapan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang terhadap Norjuma pada 15 Ogos tahun lalu bagi menuntut usahawan selebriti berkenaan membayar RM260,400 selepas diperintahkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Selain itu, usaha pihak berkuasa untuk menahan Norjuma yang dikenakan waran tangkap oleh mahkamah juga gagal selepas dia tidak berjaya ditemui di kediamannya.

Sebagai rekod, syarikat itu sebelum ini telah memfailkan dua saman fitnah terhadap Norjuma pada 2019 dan 2020 atas dakwaaan menyebarkan fitnah sekitar tahun 2018 hingga 2020.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.