fbpx
Now Reading
Lelaki Disaman Kerana Pasang Bumbung Pada Motosikal

Lelaki Disaman Kerana Pasang Bumbung Pada Motosikal

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Mungkin kelihatan kreatif dan inovatif, namun tindakan seorang lelaki mengubah suai motosikalnya dengan memasang ‘bumbung’ menyebabkan dia di saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam Operasi Kesalahan Teknikal (Motosikal) di Plaza Tol Batu 9 Lebuhraya Cheras-Kajang semalam.

Lelaki berkenanan yang merupakan seorang pekerja pemasangan menjelaskan tujuannya membina ‘bumbung’ pada skuter SYM VTS 200 adalah bagi mengelak terkena hujan.

Malah bahagian depan bumbung motosikal berkenaan turut dilengkapi wiper bagi memudahkan lelaki berkenaan menunggangnya semasa hujan.

Kreatif habis bukan?

Ini menjadikan motosikal ini mempunyai ciri sama seperti motosikal Adiva yang mempunyai bumbung lengkap dengan fungsi wiper.

Menerusi laporan Harian Metro, lelaki berkenaan antaranya individu yang di saman kerana mengubah suai struktur asal dengan memasang struktur tambahan tanpa kelulusan.

“Bumbung ini saya pasang sendiri sejak tahun lalu kerana mahu mengelak hujan. Walaupun saya tahu tindakan ini salah, namun saya yakin struktur ini kukuh.

“Sepanjang tempoh saya pasang struktur ini, saya tidak pernah disaman pihak berkuasa. Ini adalah kali pertama” kata lelaki itu.

Jelasnya lelaki berusia 52 tahun itu lagi, dia telah menghabiskan modal sebanyak RM300 bagi membeli komponen untuk digunakan bagi membina bumbung berkenaan.

Menurut Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur Mohd Zaki Ismail , seramai 50 pegawai dan anggotanya terbabit dalam operasi pada petang tersebut.

Hasilnya 150 motosikal diambil tindakan atas pelbagai kesalahan selain 344 menerima notis atas pelbagai kesalahan.

“Sebanyak 1,050 motosikal diperiksa dalam operasi itu dengan 150 motosikal diambil tindakan atas pelbagai kesalahan.

“Dalam operasi itu juga, kami mengeluarkan 344 notis atas pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen, nombor pendaftaran fancy, tayar kecil serta ubah suai ekzos,” katanya kepada Harian Metro lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.