fbpx
Now Reading
Bawang Putih Kurangkan Risiko Kanser

Bawang Putih Kurangkan Risiko Kanser

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selama beribu-ribu tahun, bawang putih dipercayai merupakan salah satu makanan yang mampu merangsang kesihatan manusia.

Menurut kajian terbaru oleh ahli sains dari University of Nottingham membuktikan bahawa bawang putih mempunyai kualiti untuk mengurangkan risiko untuk mendapat sesetengah jenis kanser, penyakit kardiovaskular dan diabetes jenis 2.

Bawang putih mempunyai sejenis kompaun sulfur yang terhasil apabila dihiris, ditapai atau melalui ‘oil-press’ proses. Kajian yang dibuat menunjukkan bahawa kompaun sulfur ini mengeluarkan “gaseous signaling molecules” seperti nitric oksida dan hidrogen sulfide yang
sudah ada dalam badan manusia.

Pakar biokimia Dr Peter Rose di University of Nottingham memberitahu bahawa molekul-molekul ini memberi kelebihan ekologi kepada tumbuh-tumbuhan yang tumbuh di persekitaran yang liar malah molekul-molekul ini juga aktif di dalam sel mamalia dan tisu.

Sumber: Independent UK

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.