Now Reading
Meatball IKEA Bukan Berasal Dari Sweden?

Meatball IKEA Bukan Berasal Dari Sweden?

Kalau pergi ke gedung perabut IKEA, tak sah rasanya kalau tak pekena Swedish meatballs yang popular gila tu. Boleh dikatakan ramai yang datang ke sana untuk menikmati bebola daging tersebut dan bukan untuk beli barang IKEA.

Setiap kali beli hidangan bebola, selalunya ia akan dihidangkan bersama kentang putar dan jem raspberry. Tidak ketinggalan, pasti akan terpacak bendera negara Sweden di atasnya.

Tapi siapa sangka sebenarnya resepi bebola daging itu bukanlah berasal dari Sweden, rupanya dari negara Turki.

Berita itu tersebar apabila satu akaun Twitter televisyen Turki memuat naik status mengenai bebola daging itu dengan mengatakan ianya bukan dari Sweden tetapi Turki.

 

Berikutan Tweet itu, kerajaan Sweden menjawab persoalan tersebut dan mengakui resepi bebola daging itu dibawa balik oleh King Charles XII dari Turki pada awal abad ke-18.

See Also

Rata-rata netizen meluahkan rasa tertipu kerana sangkakan selama ini mereka menikmati hidangan dari negara Sweden tapi rupanya makanan Turki.

Apa-apa pun, memang respect dengan kerajaan Sweden yang berani mengakui tentang asal usul makanan tersebut.

Sumber : Vitdaily

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.