fbpx
Now Reading
Perlu Kurus Untuk Dapat Makanan Percuma

Perlu Kurus Untuk Dapat Makanan Percuma

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebuah restoran di Shandong, China menawarkan promosi diskaun kepada pelanggan sekiranya mereka mampu melepasi pagar logam yang sempit.

Pemilik restoran terbabit, Zhao Lang, berkata promosi tersebut bertujuan menggalakan kesedaran dalam kalangan orang ramai bagi menjaga pemakanan dan mengawal berat badan.

Lebar pagar berbeza menentukan jenis diskaun yang bakal diterima pelanggan, sekiranya berjaya melepasi pagar berukuran hanya 15 sentimeter (sm) lebar , pelanggan akan mendapat makanan dan minuman percuma.

Bagi pagar selebar 18 sm, pelanggan akan mendapat 5 tin bir manakala lebar 25 sm menawarkan satu tin bir.

“Boleh dikatakan seorang pelanggan mampu melepasi lebar paling sempit setiap hari.

“Mereka terdiri daripada pelanggan wanita,” ujar pemilik restoran yang dibuka pada 2016 itu.

Zhao berkata promosi tersebut menarik perhatian pelanggan untuk mengunjungi restorannya dan melakukan ‘cabaran pagar logam’ itu. -Dailymail

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2018/05/11/cabaran-logam-besi/#4lIO0OjCHsXqtVOI.99

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.