Now Reading
Susu Lipas Lebih Baik Daripada Susu Lembu?

Susu Lipas Lebih Baik Daripada Susu Lembu?

Mungkin ramai di antara anda yang tidak pernah dengar tentang susu lipas dan tidak tahu bahawa lipas juga boleh menghasilkan susu.

Namun sebuah syarikat di Cape Town, Afrika Selatan telah menghasilkan susu daripada lipas dan menjualnya. Syarikat tersebut Gourment Grubb menjual sejenis susu khas yang dibuat daripada serangga ternak sebagai superfood dikenali sebagai “Entomilk”.

Menurut syarikat itu, salah satu manfaat paling utama Entomilk ialah kandungan protein tinggi dan kaya dengan mineral seperti besi, zink dan kalsium.

Entomilk telah berada di pasaran sejak dua tahun diberi nama Cockroach Milk yang dihasilkan dari lipas Diploptera Punctate jenis vivipariti. Lipas jenis ini biasanya terdapat di pulau-pulau Pasifik seperti Hawaii, satu-satunya lipas yang diketahui membawa kepada kelahiran hidup bukan bertelur.

Satu kajian yang dijalankan oleh penyelidik India pada tahun 2016 mendapati bahawa susu lipas dianggarkan mengandungi lebih dari tiga kali tenaga jisim susu lembu yang sama.

Bagaimanapun, menurut saintis susu tersebut masih belum dijual di pasar raya kerana masih belum dapat kepastian susu ini selamat untuk diminum.

Apa pendapat korang tentang ‘susu lipas’ ini? Kalau dijual ada siapa-siapa nak cuba minum tak?

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.