Sah! Whatsapp Kini Hadir Dengan Ciri Dark Mode
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Aplikasi perbualan whatsapp akhirnya hadir dengan fungsi yang paling ditunggu tunggu oleh semua orang iaitu ‘dark mode’ ; satu ciri yang sudah pun hadir pada beberapa aplikasi besar sosial seperti Instagram, Twitter, dan banyak lagi.
Whatsapp Dark Mode kini tersedia untuk semua pengguna IOS 13 dan Android 9 keatas
Satu perkara yang membezakan ciri-ciri dark mode pada Whatsapp berbanding aplikasi lain adalah ciri dark mode nya tidak menggunakan latar belakang yang 100% hitam sebaliknya ia merupakan kombinasi antara hitam dan kelabu.
Ini kerana pada mereka sesi ujian, pereka mereka mendapati perbezaan warna antara hitam dan putih akan membuatkan mata menjadi sedikit penat. Jadi mereka berkeputusan untuk mencampurkan warna dan beberapa elemen dalam design bagi menyerlah setiap info penting dalam aplikasi mereka
Ini adalah snapshot whatsapp bagi peranti IOS :
Dan ini pula ada screenshot whatsapp bagi peranti Android:
Jadi bagaimana pula cara untuk mengaktifkannya?
IOS 13 & Android 10
- Pergi ke sytem setting
- Pilih Display & Brightness
- Pilih Dark
Android 9
- Pergi ke whatsappp
- Pilih Settings
- Pilih Chat
- Pergi ke Theme
- Pilih Dark
Sambil tu apa kata tonton ads dari whatsapp dalam mempromosikan fungsi darkmode dibawah:
Akhir sekali, jangan lupa update whatsapp anda dan os anda ke versi yang terkini.
Mesti seronokkan kalau boleh menggunakan whatsapp pada waktu malam tanpa mengejutkan sesiapa . Tiada lagi lampu terang yang annoying . Haha