fbpx
Now Reading
Nak Pilih Busana Pengantin? Ini 5 Perkara Yang Bakal Pengantin Perlu Tahu

Nak Pilih Busana Pengantin? Ini 5 Perkara Yang Bakal Pengantin Perlu Tahu

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap bakal pengantin pastinya mahukan majlis perkahwinan yang terbaik memandangkan majlis sebegini kebanyakan hanya berlaku sekali seumur hidup.

Pengantin perempuan khususnya pasti mengimpikan busana yang menyerlahkan serinya ketika mengenakan baju itu bukan?

Namun, bagi yang beragama Islam perlulah mengetahui batas mereka dan tidak terlalu mengikut perasaannya kerana sesetengah rekaan baju pengantin tidak sesuai bagi seorang muslimah.

Oleh itu, pemilihan busana pengantin amat penting bagi setiap pasangan yang mahu mendirikan rumah tangga. Untuk itu, kami senaraikan 5 perkara yang perlu peka oleh bakal pengantin perempuan.

#1 MENUTUP AURAT

Kredit: @thepotomoto
  • Perkara ini amat penting bagi pengantin perempuan yang beragama islam.
  • Disarankan memilih busana yang tidak pendek potongannya terutama di bahagian punggung.

#2 TIDAK TERLALU KETAT

Kredit: Twitter/@DeenaErissa
  • Pemilihan fabrik juga memerlukan ketelitian seperti fabrik yang tidak mudah melekat pada bahagian tubuh apabila digayakan.
  • Elakkan memilih fabrik seperti satin kerana ia mudah melekat dan mengikut bentuk badan.

#3 TIDAK JARANG

Kredit: SADA’S Boutique
  • Jarang dalam konteks ini adalah kain yang boleh menampakkan susuk tubuh si pemakai.
  • Pastikan ada inner di dalam untuk memastikan ia tampak lebih sopan sekali gus terlihat menarik.

#4 HIASAN

Kredit: Instagram/ @adoria.my
  • Elakkan hiasan seperti manik dan ropol-ropol yang terlalu sarat.
  • Pilih baju dengan hiasan yang ringkas dan tidak terlalu sarat tetapi memberi impak eksklusif.

#5 WARNA

Kredit: Butik Pengantin Subang Bestari Cahaya Kristal
  • Pilihlah warna yang tidak terlalu terang dan menonjol.
  • Ini kerana dikhuatiri warnanya akan menarik perhatian tetamu yang hadir.
  • Seeloknya pilihlah warna yang lembut dan sedap mata memandang.

Ini adalah 5 perkara yang perlu diambil berat bagi setiap bakal pasangan mempelai. Harap apa yang kami kongsikan ini sedikit sebanyak membantu bakal pengantin terutamanya wanita dalam pemilihan busana pengantin mereka. Semoga bermanfaat!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.