Berita Baik Untuk Penggemar Buku, Big Bad Wolf Kini Kembali Mulai 1 April
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !
Sebelum ini, pesta buku merupakan sebuah acara wajib yang kebiasaannya diadakan di Malaysia pada setiap tahun. Tetapi dengan tercetusnya pandemik COVID-19, ianya terpaksa dihentikan buat sementara waktu untuk mengelakkan penglibatan orang ramai.
Walau begitu, kami bawakan berita baik untuk kesemua penggemar buku. Big Bad Wolf kini telah kembali! Ianya dijadualkan untuk dilangsungkan mulai esok iaitu pada 1 April sehingga 12 April ini.
Lokasi bertempat di Johor Bahru
Terdapat dua lokasi yang boleh anda kunjungi iaitu di Toppen Shopping Centre dan AEON Mall Bandar Dato’ Onn. Ya, kedua-duanya bertempat di Johor Bahru.
Seperti yang kebiasaan dilakukan, pesta buku tersebut berjalan 24 jam sehari. Tetapi untuk mengelakkan sebarang risiko jangkitan kepada para pengunjung, pintu jualan akan dibuka seawal jam 10 pagi sehingga 10 malam sahaja.
Andai kata tidak sempat, anda juga boleh membeli secara talian. Ianya beroperasi 24 jam! Para pembeli yang menetap di negeri-negeri lain turut boleh menggunakan cara yang sama.
Ada banyak jualan murah ditawarkan pada kali ini termasuklah sebuah buku yang boleh anda dapatkan hanya dengan serendah 1 sen sahaja.
Jangan lepaskan peluang ini, marilah berkunjung ke lokasi yang berhampiran dengan anda. Tetapi jangan lupa untuk sentiasa mengamalkan SOP ya!