Semakin Ramai Belia Bawah 22 Tahun Di Malaysia Aktif Seks – Kajian
Apa yang lebih mengejutkan apabila 62% dari responden turut mengaku sudah melakukan seks kali pertama pada usia bawah 22 tahun.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tajuk yang mungkin kedengaran janggal dan tidak masuk akal! Namun itulah ringkasan dari Tinjauan Kesihatan Seksual dan Kesejahteraan Hubungan Intim Durex Malaysia yang telah dijalankan secara dalam talian pada April serta Mei lalu.
Kajian yang dilakukan membabitkan 1,089 responden berusia antara 18 hingga 30 tahun ini dengan 51% daripada mereka adalah belia Melayu turut mendapati lebih ramai dari mereka aktif melakukan hubungan seks berbanding tinjauan pertama pada enam tahun lalu.
35.4% pernah lakukan seks
Menurut Pengarah Pemasaran Reckitt Benckiser Tiffany Tang, hasil kajian mendapati sebanyak 35.4% golongan belia mengakui pernah melakukan hubungan seks.
Angka ini dilihat meningkat hampir 20% berbanding tinjaun pada 2016 yang hanya mencatatkan 18.8%.
62% mengaku lakukan seks kali pertama pada usia 22 tahun ke bawah
Apa yang lebih mengejutkan apabila 62% dari responden turut mengaku sudah melakukan seks kali pertama pada usia di bawah 22 tahun.
“Sebanyak 62& belia pula mengaku pertama kali melakukan hubungan seks pada usia 22 tahun ke bawah, berbanding 42 peratus pada 2016.
“Selain itu, hasil kajian juga mengesan salah faham meluas terhadap jangkitan seksual (STI) dan kehamilan apabila 31 peratus responden mengaku tidak mengetahui perempuan boleh mengandung pada kali pertama melakukan hubungan seks.
“Kira-kira 31% responden juga masih percaya mitos bahawa wanita tidak boleh hamil sewaktu tempoh haid,” katanya kepada media sewaktu majlis pelancaran kempen #cometogether yang diadakan di Jalan Sultan, Kuala Lumpur semalam.
Menurut Tiffany, tinjauan itu dijalankan bagi mendedahkan tahap pemahaman masyarakat mengenai kontraseptif, STI, stigma dan persepsi berkaitan seks.