fbpx
Now Reading
Had Umur Belia Pada Usia 30 Tahun Akan Berkuatkasa 1 Januari 2026

Had Umur Belia Pada Usia 30 Tahun Akan Berkuatkasa 1 Januari 2026

Menurut Menteri Belia dan Sukan, pindaan ini juga melibatkan penetapan had umur ketua mahupun pemegang jawatan pertubuhan belia dan mengehadkan tempoh ketua pertubuhan belia selama empat tahun.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kerajaan menetapkan had umur belia di Malaysia adalah pada usia 30 tahun bagi menggantikan had umur belia pada ketika ini iaitu 40 tahun.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata kerajaan menetapkan tarikh kuat kuasa bagi Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019 [Akta A1602] pada 1 Januari 2026.

Menurutnya, pindaan itu melibatkan penurunan had umur belia kepada 30 tahun, penetapan had umur ketua mahupun pemegang jawatan pertubuhan belia dan mengehadkan tempoh ketua pertubuhan belia selama empat tahun sahaja.

Penetapan tarikh mula kuatkuasa adalah hasil perbincangan KBS dan MBM

Kata Hannah, penetapan tarikh ia berkuatkuasa itu adalah hasil daripada beberapa siri perbincangan antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Belia Malaysia (MBM).

“Oleh itu kerajaan bersetuju dengan tarikh kuat kuasa berkenaan, warta penetapan tarikh mula kuat kuasa sudah pun disiarkan di laman sesawang Jabatan Peguam Negara pada 20 November 2023.

“Susulan daripada pewartaan ini adalah penting bagi KBS melakukan pemakluman pada hari ini kerana semua pihak berkepentingan berkaitan belia perlu cakna akan penguatkuasaan pindaan tersebut, khususnya berkaitan dengan had umur belia,” katanya dipetik Harian Metro.

Penuruhan had umur belia sejajar dengan Dasar Belia Malaysia

Beliau turut menekankan bahawa penurunan had umur ini adalah selaras dengan Dasar Belia Malaysia serta takrifan umur belia di negara-negara lain yang menetapkan had umur belia pada usia 30 tahun dan ke bawah.

“Sebagai contoh Indonesia 16-30 tahun, Filipina 15-30 tahun, Thailand 15-24 tahun, Korea 9-24 tahun, Australia 12-24 tahun,” katanya.

Menurutnya lagi, satu Jawatankuasa Bersama yang diketuai Timbalan Menteri KBS, Adam Adli Abd Halim untuk membincangkan program-program transisi serta strategi bagi memperkasakan kepimpinan dan meningkatkan keahlian pertubuhan belia daripada golongan belia yang lebih muda.

Jelasnya, satu kerangka pelan transisi akan disediakan secara perundingan dengan pihak berkepentingan yang berkaitan pada suku pertama 2024 untuk melancarkan proses transisi itu.

RM5 juta setiap tahun kepada MBM dan badan gabungan

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan perkembangan lain mengenai keputusan Jemaah Menteri yang meluluskan RM5 juta bantuan pentadbiran setiap tahun bermula tahun ini kepada MBM dan badan gabungan bagi mengukuhkan tadbir urus dan pengoperasian pertubuhan belia.

“Sokongan ini akan membantu MBM dan badan gabungan untuk lebih aktif dalam melaksanakan program-program belia,” katanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.