fbpx
Now Reading
Gadis Trauma Diganggu Lelaki Sejak Setahun Lalu Kerana Cinta Tidak Berbalas

Gadis Trauma Diganggu Lelaki Sejak Setahun Lalu Kerana Cinta Tidak Berbalas

Kejadian bermula apabila lelaki berkenaan mahu berkenalan dengan menggunakan ayat-ayat cinta melalui Instagram pada Julai 2022 sebelum bertukar menjadi agresif seperti menghantar mesej lucah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sudah menjadi lumrah, setiap manusia mempunyai pilihan dan kriteria tersendiri dalam memilih individu untuk dijadikan sebagai kekasih hati.

Namun begitu, tidak semestinya perasaan suka itu akan dibalas dengan rasa yang sama. Keadaan ini pastinya akan mendatangkan kekecewaan kepada individu kerana ia tidak menjadi seperti yang diimpikan.

Sekiranya rasa suka dan cinta tidak berbalas, individu seharusnya move on dan perlu sentiasa berfikiran positif.

Walau bagaimanapun, tidak semua manusia yang mampu mengambil langkah sedemikian. Malah, ada yang lebih teruk hingga sanggup menganggu dan memaksa orang diminati menerimanya dengan cara yang tidak baik.

Diganggu Sejak Setahun Lalu Setelah Menolak Salam Perkenalan

Begitulah yang terjadi dengan seorang gadis berusia 21 tahun apabila dia diganggu secara maya oleh seorang lelaki yang tidak dikenali sejak setahun lalu.

Menurut Aaliyah, kejadian bermula apabila lelaki itu mahu berkenalan dengan menggunakan ayat-ayat cinta melalui Instagram pada Julai 2022 sebelum bertukar menjadi agresif seperti menghantar mesej lucah sehingga menyebabkan mangsa hidup dalam ketakutan dan trauma.

Tambah Aaliyah, sejak awal lagi dia telah menyatakan kepada lelaki berusia 25 tahun itu bahawa dia tidak berminat untuk berkenalan dengan lebih lanjut.

“Sejak itu, dia kerap mengganggu saya dan mengajak berjumpa. Dia menghubungi setiap hari walaupun saya tidak tahu daripada mana dia mendapatkan nombor telefon tersebut,” katanya.

Turut Ganggu Ahli Keluarga & Saudara Mara

Lebih ekstrem lagi, lelaki berkenaan turut menghubungi ahli keluarga dan teman rapat Aaliyah bagi mendapatkan maklumat berkenaan gadis itu.

“Dia akan bertanyakan tentang keadaan terkini saya me­lalui mereka, malah dia juga menge­tahui pergerakan saya setiap hari.

“Lelaki itu tahu di mana saya belajar. Keadaan itu membuatkan saya menjadi bertambah takut,” ujarnya.

Malah, apa yang mengejutkan adalah lelaki berkenaan mula berani membuat ciapan khususnya berunsurkan seksual tentang dirinya.

Walaupun telah berkali-kali menyekat akaun Twitter milik lelaki itu, usahanya hanya sia-sia kerana dia sanggup mencipta beberapa akaun.

“Sejujurnya saya sangat paranoid jika ada nombor telefon tidak dikenali menghubungi saya. Sebagai langkah berjaga-jaga saya membawa kit keselamatan jika keluar rumah,” kata Aaliyah.

Telah Buat Tiga Laporan Polis, Turut Lapor Kepada Keluarga Lelaki

Akibat tidak tahan diganggu, Aaliyah mendakwa dia telah membuat tiga laporan polis di Gombak dan Selayang pada November 2022 dan Mac lalu, namun, lelaki itu tetap menganggu dirinya.

“Disebabkan tiada sebarang perubahan, saya membuat sekali lagi laporan polis pada 3 Ogos lalu untuk tindakan selanjutnya,” jelasnya.

Malah, Aaliyah turut memaklumkan kepada keluarga lelaki berkenaan berhubung kelakuan anak lelakinya. Namun, dikatakan keluarga lelaki hanya menyerahkan kepada pihak berkuasa berhubung kes tersebut.

Kes yang dihadapi oleh gadis ini turut mendapat perhatian Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli.

Suspek Telah Ditahan Reman

Pada masa yang sama, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar mengesahkan bahawa pihaknya telah memberkas lelaki itu.

Suspek kini direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 507A Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah lapor Kosmo.

Baca Artikel Berkaitan: Bekas Penuntut Dakwa Jadi Mangsa Gangguan Seksual Pensyarah Di Sebuah Universiti Tempatan

Baca Artikel Berkaitan: “Sebab Tu Kena Pakai Tinted” – Tular Lelaki Renung Tajam Wanita Sedang Nikmati AisKrim Dalam Kereta [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.