fbpx
Now Reading
Iklan Merdeka Ini Bocorkan Rahsia Kenapa ‘Makan Is Malaysia’

Iklan Merdeka Ini Bocorkan Rahsia Kenapa ‘Makan Is Malaysia’

Rakyat Malaysia dan makanan memang tidak boleh dipisahkan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kalau anda rasa menu Tuhau, mesti anda boleh faham kenapa bukan semua orang akan menyukainya – sama ada mereka yang mencubanya betul-betul menyukai makanan itu atau akan bau dahulu baru ‘jatuh cinta’ dengan makanan tersebut.

Walaupun bukan semua jenis makanan tempatan digemari oleh masarakat kita, tetapi mesti ramai yang bersetuju bahawa makanan dan rakyat Malaysia tidak dapat dipisahkan. Hidup untuk makan!

Kepelbagaian warisan makanan yang ada ini adalah gabungan daripada pelbagai jenis budaya dan ianya masih wujud sehingga ke hari ini. Selain makanan tempatan yang sememangnya unik, cara kita menikmatinya juga berbeza-beza.

Adat berkongsi makanan bersama ahli keluarga dan rakan merupakan salah satu cara masyarakat tempatan menunjukkan kasih sayang mereka.

Perkongsian budaya menerusi masakan juga boleh menjadikan kita sebuah negara yang harmoni dan bersatu hati.

Menerusi iklan Merdeka daripada HappyFresh ini, tiga rakyat Malaysia akan kongsikan makanan tempatan kegemaran mereka dan erti menjadi rakyat Malaysia.

Video bertajuk ‘Because Makan is Malaysian’ ini membawakan menu tempatan yang unik dari ikan singgang di Kelantan ke Tuhau dari Malaysia Timur dan hidangan yang paling digemari ramai iaitu kari ayam.

Menu lazat ini pastinya mempunyai tempat istimewa di hati mereka kerana menyimpan pelbagai kenangan serta pengalaman tidak boleh dilupakan.

Dengan semangat jiwa Merdeka, kita perlu meraikan kepelbagaian ini mengikut jiwa seorang rakyat Malaysia iaitu dengan makanan! Anda patut cuba menu-menu ini.

Jangan risau tentang bahan-bahan untuk memasak menu berkenaan kerana adanya  HappyFresh.

Anda boleh menikmati penghantaran percuma daripada HappyFresh Supermarket dan kesemua bahan akan dihantar terus ke pintu depan rumah dalam tempoh satu jam. Tak perlu lagi beratur panjang dan hadap jalan raya yang sesak.

Dapatkan kesemua barang keperluan anda di hujung jari sahaja!

Jom cuba Tuhau? Mana tahu anda ‘jatuh cinta’. Apa-apa pun, Selamat Hari Merdeka!

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.