fbpx

Mudahkan Urusan Pembayaran Bil, BoostBills Raih Anugerah Teknologi Kewangan MTEA 2023

Anugerah ini sekaligus menjadikan BoostBills sebagai Inovasi Fintech Terkemuka di Malaysia.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Boost, cabang dalam urusan Fintech (teknologi kewangan) Axiata menerima pengesahan pasaran bagi ciri canggihnya, BoostBills.

Setelah merangkul trofi Digital – Teknologi Kewangan di Malaysia Technology Excellence Awards 2023 (MTTmEA 2023), BoostBills telah diiktiraf sebagai solusi sehenti pengurusan dan pembayaran bil yang paling komprehensif dan unik dalam pasaran tempatan.

Anugerah berprestij ini memberi pengiktirafan kepada peneraju inovasi industri teknologi tempatan yang dinamik. Boost muncul sebagai salah satu pemenang selepas dinilai dengan terperinci dan menyeluruh oleh panel perunding yang dihormati, yang dianjurkan oleh The Asian Business Review.

Kajian kes yang dijalankan pada BoostBills jelas mempamerkan bahawa Boost berjaya menyelesaikan isu-isu dan memudahkan proses pengurusan dan pembayaran bil.

Jurang Dalam Pasaran

Di Malaysia, penyelidikan industri telah mengenal pasti lebih daripada 30% populasi tempatan gagal membayar bil tepat pada masa, dengan lebih 40% rakyat Malaysia mengakui bahawa tekanan kewangan telah menjejaskan kesihatan mental mereka.

Melihat kepada jurang dalam pasaran tempatan, Boost mengkaji isu-isu yang dihadapi oleh rakyat dengan menjalankan tinjauan.

Daripada ribuan responden, lebih daripada 30% bergelut untuk menjejaki pelbagai amaun bil dan tarikh akhir pembayaran. Lebih 30% daripada mereka ingin membayar kesemua bil sekaligus, serta hampir 70% turut membantu menguruskan bil untuk tanggungan juga.

Boost Merintis Jalan

Berdasarkan penemuan tersebut, Boost tekad untuk menyelesaikan isu-isu pengurusan dan pembayaran bil yang dihadapi rakyat melalui ciri BoostBills di aplikasi fintech semua-dalam-satunya yang memiliki lebih 10 juta pengguna.

Dilancarkan pada 2017 dan sentiasa dinaik taraf dengan inovasi termaju, BoostBills hari ini menawarkan rangkaian fungsi yang komprehensif dan unik untuk membantu pengguna mengurus dan membayar bil, tanpa tekanan.

Salah satu fungsi paling efisien yang disediakan oleh BoostBills adalah dashboard (papan pemuka) yang menyatukan semua maklumat bil ke dalam satu paparan. Ini membantu pengguna mengurangkan beban mental dengan menjejaki semua yuran tertunggak dan tarikh akhir pembayaran.

Melalui integrasi BoostBills dengan lebih 50 pembekal perkhidmatan bil, pengguna boleh mengakses maklumat yang dikemas kini pada bila-bila masa untuk semua bil mereka termasuklah utiliti isi rumah, telekomunikasi, pinjaman, majlis perbandaran tempatan dan banyak lagi.

BoostBills juga menawarkan single-tap function (fungsi satu ketik)  untuk membayar berbilang bil sekaligus. Fungsi yang cekap ini mengurangkan bilangan gerbang pembayaran dan Kod Pengesahan Transaksi (TAC) yang diperlukan, justeru membantu pengguna menjimat masa.

Dengan fungsi pembayaran automatik BoostBills, pengguna tidak perlu membayar bil secara manual setiap bulan. Di samping itu, fungsi tambah nilai dompet automatik turut memberikan pengalaman pembayaran automatik yang tulen, tanpa gangguan.

Pengguna BoostBills juga dapat menikmati program ganjaran kesetiaan BoostUP dan Boost Missions.

Dengan setiap ringgit yang dibelanjakan, pengguna akan mendapat Boost Stars yang boleh digunakan untuk menebus penjimatan tambahan. Sebagai contoh, fungsi Pay With Stars (Bayar Dengan Bintang) BoostBills boleh meringankan beban kewangan dengan diskaun sehingga RM10 untuk setiap bil. Pengguna BoostBills yang telah dipra-skor juga boleh menggunakan Boost PayLater, talian kredit berpatuhan syariah yang memberikan fleksibiliti aliran tunai.

Pertumbuhan Dan Inovasi Tanpa Batasan

Setakat tahun 2022, BoostBills mempunyai jutaan pengguna, dengan 95% daripadanya adalah existing users (pengguna sedia ada) yang menunjukkan tahap product stickiness (kesetiaan terhadap produk) agak tinggi.

BoostBills juga mengekalkan penarafan hampir sempurna, 4.4 daripada 5, daripada pengguna yang berpuas hati. Dari segi prestasi perniagaan, BoostBills menyaksikan hampir 3 bilion Boost Stars ditebus untuk Pay With Stars.

Berjuta-juta ringgit kredit juga telah disalurkan melalui Boost PayLate, sambil mengekalkan kadar pinjaman tidak berbayar (NPL) satu digit yang sihat. Pada tahun 2022, semuanya menyumbang kepada BoostBills mencatat peningkatan hasil sebanyak 20% tahun-ke-tahun.

Metrik-metrik ini menunjukkan Boost sebagai peneraju inovasi fintech spektrum penuh terkemuka yang akan terus merintis jalan bagi inovasi baharu dalam industri. Dengan ekosistemnya yang merangkumi aplikasi fintech, penyelesaian peniaga, perniagaan pembiayaan mikro berasaskan AI dan platform pembayaran rentas sempadan, Boost akan terus memperkasakan pelanggan dari segi kewangan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.