fbpx

Istana Budaya Beri Peluang Orang Ramai Nikmati Konsert Muzikal Klasik Pada Harga Serendah RM30

Konsert orkestra yang akan diadakan di Istana Budaya ini mempunyai empat siri bersembahan, sebagai contoh siri pertama adalah pada 8 Julai dan 9 September bagi siri kedua.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui harga tiket bagi menyaksikan konsert orkestra bukan murah. Malah ia boleh mencecah hingga ratusan dan ribuan ringgit.

Ini kerana, persembahan yang dipertontonkan itu bukanlah ‘biasa-biasa’ sebaliknya setiap pemuzik itu memerlukan persiapan yang rapi dan latihan yang lama demi memantapkan lagi skil mereka.

Meskipun ramai yang meminatinya dan ingin melihat pementasan secara realiti, tetapi niat itu terpaksa dilupakan apabila melihat harga tiket yang ditawarkan.

Peluang menyaksikan konsert orkestra serendah RM30 di Istana budaya

Namun kini tidak lagi. Buat peminat orkestra muzik klasik anda kini berpeluang menyaksikan konsert A Celebration of Classical Music Lambang Sari Series 2023 di Istana Budaya, Kuala Lumpur dengan harga tiket bermula RM30.

Ketua Pengarah Istana Budaya, Zubaidah Mukhtar memaklumkan tawaran harga tersebut diharap dapat menarik lebih ramai penonton dari setiap lapisan untuk mendengar muzik yang sinonim kepada golongan atasan.

“Kita juga mahu memenuhi hasrat kerajaan yang mahu rakyat menikmati tiket dengan harga berpatutan ataupun harga Rahmah selain sempena meraikan ulang tahun ke-30 Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK).

“Biasanya harga untuk tiket konsert orkestra ini paling murah pun sekitar RM180, tapi kita mahu memberi pendedahan kepada semua golongan masyarakat,” ujarnya dipetik Malay Mail.

Konsert orkestra bertemakan western classical music

Konsert bertemakan western classical music tersebut mempunyai empat siri persembahan yang akan memainkan lagu daripada ciptaan barat yang popular.

Berikut adalah tarikh bagi setiap siri konsert dan persembahan akan bermula pada jam 8.30 malam di Panggung Sari, Istana Budaya.

  • Siri Pertama – 8 Julai 2023
  • Siri Kedua – 9 September 2023
  • Siri Ketiga – 21 Oktober 2023
  • Siri Keempat – 18 November 2023

Apa yang lebih menarik perhatian setiap siri akan memainkan lagu yang berbeza-beza dan turut mengetengahkan pemain solo (soloist) berlainan.

Melibatkan seramai 25 pemuzik dan 10 pemuzik jemputan

Konsert ini akan melibatkan seramai 25 pemuzik OSK dan 10 pemuzik jemputan dan mereka juga akan memainkan lagu ciptaan Bach, Mozart serta Dittersdorf Harp Concerto.

“Walaupun harga tiket murah, kualiti persembahan tetap bertarah terbaik.

“Panggung Sari mampu menampung sehingga 1,300 penonton pada satu masa dan kita galakkan penonton untuk membeli pakej promosi dengan harga RM100 meliputi keempat-empat persembahan di laman web Istana Budaya.”

Untuk makluman, bagi pembelian tiket boleh dibuat secara atas talian menerusi laman sesawang Istana Budaya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.