fbpx
Now Reading
Art of Speed Malaysia 2023 Pada 29 & 30 Julai Janjikan Pelbagai Acara Menarik Dengan Ruang Yang Lebih Besar

Art of Speed Malaysia 2023 Pada 29 & 30 Julai Janjikan Pelbagai Acara Menarik Dengan Ruang Yang Lebih Besar

Art of Speed Malaysia 2023 yang bertemakan ‘Raikan Beza Mu’ mempunyai ruang tertutup seluas 350,000 kaki persegi dan ruang luar seluas 8.6 ekar dengan pelbagai acara serta pertunjukan menarik.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bagi yang menggemari sukan permotoran di Malaysia, anda pasti sudah mengenali ‘Art of Speed’ (AOS) iaitu satu acara Kustom dan Counter Culture yang menyatukan pelbagai masyarakat dari dalam dan luar negara.

Pada tahun lalu, Art of Speed Malaysia 2022 mendapat sambutan yang sangat luar biasa daripada pengunjung dan peminat dari dalam serta luar negara.

Art of Speed Malaysia 2023 sediakan ruang lebih besar dengan pelbagai aktiviti menarik

Oleh itu, bagi tahun ini pula, acara yang mempamerkan ribuan jenis kereta dan motosikal kustom itu sekali lagi akan diadakan di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) dengan ruang yang lebih besar.

Art of Speed Malaysia 2023 bertemakan ‘Raikan Beza Mu’ yang akan diadakan pada 29 dan 30 Julai ini mempunyai ruang tertutup seluas 350,000 kaki persegi dan ruang luar seluas 8.6 ekar.

Susulan itu, pelbagai aktiviti-aktiviti menarik akan diadakan untuk memuaskan hati para peminat permotoran tanah air serta pengunjung yang hadir seperti kawasan terbuka untuk peminat motosikal.

Ruang khas buat para peminat Hot Wheels, pelbagai aktiviti diadakan

Selain itu, berita baik buat para peminat kereta mainan die-cast Hot Wheels kerana AOS 2023 akan menyediakan ruangan khas, Official Hot Wheels Collector Convention yang pertama di Asia Tenggara.

Para pengunjung akan dapat menikmati lebih banyak aktiviti Hot Wheels dan paparan diorama seperti Pameran Hot Wheels Rare dan Collectibles, Hot Wheels Skate School, Hot Wheels Swap Buy and Sell dan banyak lagi.

Lebih menarik lagi, Hot Wheels telah bekerjasama dengan Proton bagi mencipta kereta mainan die-cast Proton Saga yang pertama selain kemeja t-shirt edisi terhad Hot Wheels yang boleh dibeli pada acara itu nanti.

Dalam pada itu, AOS 2023 juga bekerjasama dengan VANS untuk menampilkan kasut edisi terhad dan ‘Coffee Table Book’ khas kulit keras Art of Speed 10 tahun peringatan untuk para peminat.

Foto: BuzzKini/Hairi Ezreen

VANS juga akan menyediakan taman mini untuk bermain skateboard dan basikal BMX secara percuma nanti.

Pelbagai band akan buat persembahan pada SoundCircus Festival, pengunjung turut berpeluang memenangi cabutan bertuah!

Turut kembali ke AOS 2023 adalah SoundCircus Festival yang disokong oleh Harley-Davidson bersama BRO ASIA dengan menampilkan pelbagai kugiran muzik dari dalam dan luar negara seperti Superman Is Dead, No Good, Plague of Happiness dan bermacam lagi.

Apa yang menariknya dalam festival SoundCircus kali ini, pembeli tiket 1,000 terawal akan menyertai cabutan bertuah sekaligus berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik seperti Toyota Celica 1979 yang telah dikustom oleh AOS dan sebuah motosikal Honda e-Dax.

AOSM 2023 turut meraikan ulang tahun ke-12 pertunjukan tahunannya

Sementara itu, menurut Pengarah Festival Art of Speed Malaysia iaitu Asep Ahmad Iskandar, tahun ini juga acara terulung itu akan meraikan ulang tahun ke-12 pertunjukan tahunannya.

“Bagi menyemarakkan lagi semangat peminat yang bersemangat tinggi, kami persembahkan sebuah acara yang rugi untuk dilepaskan oleh semua,” katanya dalam majlis Press Conference hari ini (4 Julai).

Foto: BuzzKini/Hairi Ezreen

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Art of Speed Malaysia 2023 ini, anda boleh layari laman web www.artofspeedmy.com atau ke Facebook Art of Speed Malaysia.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.