Review: Gran Turismo, Dari ‘Gamer’ Jadi Pelumba Profesional Sebenar [Trailer]
Filem Gran Turismo yang berdasarkan kisah sebenar ini akan mula ditayangkan di panggung wayang seluruh Malaysia pada 18 Ogos ini.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Semalam (15 Ogos), kami dijemput oleh Art of Speed Malaysia untuk menyaksikan filem keluaran terbaharu Playstation Productions iaitu Gran Turismo yang diadaptasi daripada kisah sebenar.
Siapa sangka, Gran Turismo yang merupakan sebuah ‘racing game’ dengan konsep simulator yang begitu popular dan diminati ramai sejak dahulu lagi kini boleh ditonton dalam bentuk filem di pangung wayang.
Pada awalnya, kami meletakkan ‘expectation’ yang rendah untuk filem ini memandangkan ia hanyalah sebuah permainan yang ditukarkan menjadi filem.
Namun, sangkaan kami jauh sama sekali meleset sebaik filem ini mula dimainkan di layar panggung wayang.
Review Gran Turismo: Kami terpukau
Kami begitu terpukau melihat setiap babak aksi perlumbaan di litar yang ada di dalam filem ini kerana kelihatan seperti acara perlumbaan yang sebenar.
Lebih menarik perhatian kami, babak yang menggunakan Computer-generated imaginary (CGI) juga kelihatan menakjubkan.
Babak animasi pertukaran daripada kerusi gaming ke dalam sebuah kereta dan bagaimana sebuah kereta yang sedang bergerak laju terpecah menjadi bahagian-bahagian kecil membuat kami berasa kagum.
Jalan cerita di dalam filem Gran Turismo ini juga mudah difahami serta tersusun dengan baik. Secara keseluruhan, kami amat berpuas hati dengan filem ini.
Sinopsis Gran Turismo: Kisah gamer simpan impian jadi pelumba
Filem Grand Turismo ini mengisahkan tentang seorang pemuda lelaki bernama Jann Mardenborough (lakonan Archie Madekwe) yang merupakan pemain profesional Gran Turismo yang memasang impian untuk menjadi pelumba sebenar.
Bagaimanapun, bapanya Steve (Djimon Hounsou) berpendapat bahawa hobi Jann adalah mustahil untuk menjamin masa depan dan boleh dikatakan hanya membazir masa.
Impian Jann mula kelihatan cerah dan bakal dicapai apabila Nissan dan eksekutif pemasarannya, Danny Moore (Orlando Bloom) telah memutuskan untuk mewujudkan GT Academy yang akan menukar pemain Grand Turismo terbaik dunia menjadi pemandu perlumbaan sebenar.
Moore turut mendapat bantuan Jack Salter (David Harbour) iaitu seorang bekas pemandu perlumbaan yang akan melatih peserta-peserta akedemi ini menjadi seorang pelumba profesional sebenar.
Dapatkah Jann mencapai cita-citanya menjadi seorang pelumba profesional sebenar? Jangan lupa saksikan filem Gran Turismo ini di panggung wayang seluruh Malaysia bermula 18 Ogos ini.