fbpx
Now Reading
Telan Belanja RM700 Juta! Taman Tema Upin & Ipin Dijangka Dibuka Sekitar 2026

Telan Belanja RM700 Juta! Taman Tema Upin & Ipin Dijangka Dibuka Sekitar 2026

Menurut Burhanuddin, projek Taman Tema Upin & Ipin itu kemungkinan akan bermula pada hujung tahun ini dan dijangka dibuka secara berperingkat sekitar 2026 sehingga 2027.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Impian siri animasi tempatan yang begitu popular dan mendapat tempat di hati ramai sehingga ke luar negara iaitu Upin & Ipin untuk membangunkan Taman Tema Upin Ipin bakal menjadi kenyataan dalam jangka waktu tiga tahun.

Penerbit dan Pengarah Urusan Les’Copaque Production Sdn Bhd, Burhanuddin Md Radzi berkata, impian tersebut sudah tercetus sejak siri Upin & Ipin itu diterbitkan sejak hampir dua dekad lalu.

Perlu belanja besar dan perancangan yang teliti, bukan mudah merealisasikan impian

Menurutnya, bukan mudah untuk merealisasikan impian yang sudah lama dirancang itu kerana memerlukan perbelanjaan besar dan perancangan yang teliti.

“Nak buat taman tema bukan murah. Kami sudah banyak menerima tawaran tanah di Cyberjaya, Negeri Sembilan dan beberapa lokasi lagi. Namun, semua tanah itu mahu dijual, mana saya ada duit.

“Saya ada bertemu Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, sekitar beberapa bulan lalu. Saya mahu mengundangnya merasmikan Karnival Upin dan Ipin yang bakal berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), antara 15 sehingga 17 Disember depan.

“Dalam pertemuan ini, beliau beritahu saya mahu bekerjasama membangunkan taman tema di Melaka. Saya tanya ada tanah atau tidak. Beliau minta saya tulis surat dan kemudiannya minta Melaka Corporation (MCorp) cari tanah yang sesuai,” katanya dipetik Berita Harian.

Tanah 40 hektar di Alor Gajah berkemungkinan jadi lokasi Taman Tema Upin & Ipin

Menurutnya lagi, selepas bermesyuarat bersama MCorp kira-kira tiga minggu lalu, mereka menunjukkan tanah seluas 40 hektar di Alor Gajah, berdepan dengan A Famosa Resort Melaka.

“Tanah ini sudah dibersihkan dan diratakan. Memang cantik tanah ini, tetapi MCorp tidak mahu menjualnya, sebaliknya mahu ambil syer dalam projek ini. Jadi, kami berbincang tanggung hutang bersama, selain kami buat pinjaman bank atau keluarkan suku modal.

“Sekarang MCorp jadi rakan kongsi, jadi lebih memudahkan urusan. Saya suka jika taman tema ini diwujudkan di Melaka kerana sememangnya bandar pelancongan dan ramai pelancong Indonesia ke Melaka,” katanya.

Taman Tema Upin & Ipin dijangka buka secara berperingkat sekitar 2026 hingga 2027

Susulan itu, dia berkata projek itu kemungkinan akan bermula pada hujung tahun ini dan dijangka dibuka secara berperingkat sekitar 2026 sehingga 2027.

“Kami mungkin ‘kick off’ tahun ini memandangkan tanah pun sudah ada, jadi kena rancang dengan teliti. Selepas ini, kami kena cari kontraktor yang boleh buat. Dua hingga tiga bulan ini kami mahu mengusahakan modal dan menganggarkan perbelanjaan menelan RM700 juta.

“Taman tema ini seperti Disneyland. Kami sasarkan tiga tahun sudah boleh buka, tetapi buka secara berperingkat,” ujarnya.

Sekadar info, siri Upin & Ipin mula diperkenalkan di saluran TV sejak 2007 itu memaparkan kisah hidup dua orang kanak-kanak kembar yatim piatu di sebuah kampung bersama opah dan kakaknya.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.