fbpx
Now Reading
“Saya Terkejut Kandungan Isteri Masuk 4 Bulan”

“Saya Terkejut Kandungan Isteri Masuk 4 Bulan”

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menyangka kandungan isterinya baru tiga minggu, pelakon Dazrin Kamarudin terkejut apabila diberitahu oleh doktor apabila kandungan isterinya sudah memasuki empat bulan.

Sumber dari beritaviral.click

“Memang saya dah tahu isteri mengandung tapi ingatkan baru tiga minggu sebab tidak ada tanda apa-apa,” ujar pelakon 29 tahun itu.

Menurutnya, dia bersyukur bayi dalam kandungan sihat walaupun isterinya tak mempunyai alahan yang membuatkan mereka menyangka kandungan baru tiga minggu.

“Saya dan isteri sibuk sangat sebab itu masa dapat tahu isteri hamil tidak ada masa nak pergi jumpa doktor,” katanya.

Badan isteri yang kecil membuatkan mereka tak sedar bahawa kandungan isterinya sudah pun memasuki empat bulan.

Di samping itu, Dazrin menyatakan isterinya bakal melahirkan anak sulung mereka pada bulan April tahun depan dan merancang mahu kelahiran anak pertama itu dilahirkan di Melaka.

Semoga semuanya berjalan lancar dan pastinya pasangan suami isteri ini tak sabar untuk menimang cahaya mata sulung mereka.

Sumber: mStar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.