fbpx
Now Reading
“Tak Kisah Dikritik Peluk Islam Sebab Kahwin”

“Tak Kisah Dikritik Peluk Islam Sebab Kahwin”

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru memeluk agama Islam pada tahun ini, vokalis kumpulan Sakura Band, Melly Matius, 29 tahun, memberitahu dia tak kisah dianggap memeluk Islam kerana mahu berkahwin oleh beberapa pihak.

Sumber: instagram.com

Menurutnya, kahwin juga antara sebab dia memeluk Islam dan menjelaskan dia akan belajar Islam dengan lebih mendalam selepas berkahwin.

“Bagi saya, perkara itu membawa saya ke arah kebaikan bukan keburukan pun,” katanya.

Sumber: instagram.com

Untuk pengetahuan anda, Melly atau dikenali sebagai Mell telah selamat dinikahkan bersama pemain drum kumpulan 6ixth Sense, Mohammad Safwan sebentar tadi bertempat di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.

Ramai yang tak tahu mereka bercinta kerana mereka tak berkongsi kisah peribadi di laman sosial lebih-lebih lagi kisah yang melibatkan percintaan.

Sumber: instagram.com

“Saya kenal Wan pada tahun 2012 melalui rakan. Sejak itu kami mula rapat dan menjalinkan hubungan,” sambungnya.

Selain itu, majlis resepsi pengantin perempuan akan diadakan pada ahad ini di Dewan Wisma Wanita Kota Kinabalu, Sabah manakala majlis sebelah lelaki pula pada 24 Disember di Bangi Golf Resort, Bandar Baru Bangi.

Selamat pengantin baru diucapkan kepada pasangan secocok ini dan semoga bahagia hingga ke anak cucu.

Sumber: mStar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.