‘Tak Perlu Buat Tuduhan Tak Berasas & Drama’ – Bekas Isteri Raf Yaakob Jelaskan Perkara Sebenar
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Malam tadi telah berlangsungnya majlis resepsi pasangan Mawar Rashid dan Raf Yaakob di Sime Darby Convention Centre Kuala Lumpur. Majlis penuh bermakna itu dimeriahkan lagi dengan kehadiran tetamu kehormat dan rakan artis. Namun, sayang sekali kerana kedua-dua anak Raf tidak dapat hadir kerana didakwa ada pihak yang menghalang.
Pihak yang didakwa cuba menghalang itu adalah bekas isterinya sendiri, Maria Suleiman. Di instagram, Maria menjelaskan mengapa anaknya tidak dibenarkan hadir.
Anak sakit, giliran ibu yang jaga
Hanya diberitahu petang semalam
Di instagram, bekas isteri Raf menjelaskan bahawa anaknya Raysaa sedang sakit tonsil, demam panas, selsema dan batuk. Tambahan pula, hari itu giliran ibunya menjaga seperti perintah mahkamah yang dipersetujui kedua-dua pihak. Raf juga tidak memaklumkan terlebih awal untuk mengambil anak mereka hadir majlis resepsi, bekas isteri hanya diberitahu pada petang semalam.
Katanya lagi, sebarang perubahan pada giliran menjaga perlu mendapat keizinan 7 hari sebelum seperti perintah mahkamah, anak-anak juga perlu dalam keadaan sihat. Kalau ibunya pentingkan diri dan kejam, takkanlah ibunya izinkan mereka hadir majlis akad nikah? Akhirnya sekali, bekas isteri berpesan supaya tidak membuat tuduhan tak berasas dan drama.
Apa-apa pun diharapkan isu ini dapat diselesaikan dengan cara baik. Bekas isteri pun dah jelaskan perkara sebenar.