fbpx
Now Reading
“Macam Prince Charming & Cinderella” – Sweetnya Tauke Di Malam Resepsi…

“Macam Prince Charming & Cinderella” – Sweetnya Tauke Di Malam Resepsi…

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bertemakan Fairy Tale, majlis resepsi pelawak Tauke Jambu dan isteri, Nadia Mohd Affendi berlangsung meriah.

Menariknya, ada jalan cerita disebalik majlis yang berlangsung dalam suasana penuh romantik itu.

Cerita dongeng Cinderella telah dipilih sebagai  pelengkap tema Fairy Tale yang berlangsung malam tadi.

Ruang dalam De Laman Event Space pula dihias indah seperti ‘ballroom’ dan berlangsung majlis tari menari sebelum ketibaan ‘Prince Charming’.

‘Prince Charming’ diarak ke ‘dewan tari menari’ dengan limosin mewah dan mencari Cinderella sambil memegang sebelah kasut milik gadis idamannya itu.

Namun, ketiadaan Cinderella pada majlis tersebut menyebabkan Prince Charming kecewa tetapi tetap menanti gadis idaman penuh harapan

Setelah hampir berputus asa menanti, hati ‘Prince Charming, kembali berbunga selepas melihat Cinderella muncul dengan gaun kembang yang sangat cantik.

‘Prince Charming’ menyarungkan kasut, meluahkan perasaannya kepada Cinderella dan mereka mula menari meraikan kebahagian…

600 tetamu yang hadir termasuk Ajak (Shiro), Achey (Bocey), Raja Azri, Fizi Hot FM, Uqash Senrose, Hefny Sahad, Azlee (Senario), Wan Gegau dan ramai lagi turut gembira dengan penyatuan ‘Prince Charming’ dan ‘Cinderella’nya itu.

Sama-sama kita doakan Tauke dan Nadia bahagia hingga ke akhir hayat.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.