fbpx
Now Reading
Aishah Juara Gegar Vaganza 4, Bawa Pulang RM100,000 & Senarai Markah Penuh Konsert Akhir GV 4!

Aishah Juara Gegar Vaganza 4, Bawa Pulang RM100,000 & Senarai Markah Penuh Konsert Akhir GV 4!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menewaskan lima peserta lain, Aishah atau nama sebenarnya  Wan Aishah Wan Ariffin diumumkan sebagai juara Gegar Vaganza 4 (GV 4).

Aishah membawakan lagu All by Myself di segmen solo serta menyanyikan lagu Supergirls bersama Liza Hanim di segmen battle.

Aishah berjaya merangkul wang tunai RM100,000 tajaan Astro dan Qu Puteh, sebidang tanah lot banglo sumbangan Bina Megah Empire dan pakej percutian ke Eropah Timur sumbangan selamatbercuti.com.

Penyanyi lagu Camar Yang Pulang itu  turut membawa pulang barangan kemas sumbangan DSC Gold & Jewelry, baucer membeli-belah bernilai RM6,000 sumbangan Go Shop dan piala Gegar Vaganza.

Aishah turut memenangi Anugerah Gelora Vida Vaganza dan menerima hadiah istimewa daripada Datuk Vida.

Naib juara, Liza Hanim berjaya membawa pulang wang tunai RM50,000 tajaan Astro dan Qu Puteh, sebidang tanah lot banglo tajaan Bina Megan Empire, dan pakej percutian ke Turki sumbangan selamatbercuti.com.

Liza Hanim menerima barangan kemas sumbangan DSV Gold & Jewelry, baucer membeli-belah bernilai RM5,000 sumbangan Go Shop serta trofi.

Liza membawakan lagu  Meniti Titian Usang di segmen solo serta menyanyikan lagu Supergirls bersama Aishah di segmen battle.

Tempat ketiga yang dirangkul oleh Lan Solo berjaya membawa pulang wang tunai RM30,000 tajaan Astro dan Qu Puteh, sebidang tanah lot banglo tajaan Bina Megan Empire dan pakej percutian ke Boracay sumbangan selamatbercuti.com.

Lan turut membawa pulang barangan kemas sumbangan DSV Gold & Jewelry, baucer barangan tunai bernilai RM4,000 sumbangan Go Shop serta trofi.

Lan Solo membawakan lagu Smells Like Teen Spirit di segmen solo serta menyanyikan lagu Amboi bersama Hazami di segmen battle.

Tempat keempat yang diraih oleh Hazami berjaya membawa pulang wang tunai RM20,000 tajaan Astro, pakej percutian ke Jogjakarta sumbangan selamatbercuti.com, barangan kemas sumbangan DSV Gold & Jewelry, baucer barangan tunai bernilai RM3,000 sumbangan Go Shop serta trofi.

Hazami membawakan lagu Bahagiamu Deritaku  di segmen solo serta menyanyikan lagu Amboi bersama Lan Solo di segmen battle.

Hazami turut dinobatkan sebagai penerima Anugerah Digi Star of The Week dan memenangi eGiftCard Go Shop bernilai RM 1,000.

Tempat kelima yang dimenangi oleh Firman berjaya membawa pulang wang tunai RM15,000 tajaan Astro, barangan kemas sumbangan DSV Gold & Jewelry, baucer barangan tunai bernilai RM2,000 sumbangan Go Shop serta trofi.

Firman Siagian membawakan lagu Drama King di segmen solo serta menyanyikan lagu Tepi Sikit  bersama Tia Jinbara di segmen battle.

Tia Jinbara pula berjaya mendapat tempat keenam dan berjaya membawa pulang wang tunai RM10,000 tajaan Astro, barangan kemas sumbangan DSV Gold & Jewelry, baucer barangan tunai bernilai RM1,000 sumbangan Go Shop serta trofi.

Tia Jinbara membawakan lagu Romancinta di segmen solo serta menyanyikan lagu Tepi Sikit bersama Firman di segmen battle.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Dato’ Khairul Anwar Salleh, diiringi oleh Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad dan Penaja Platinum GV4, Dato’ Seri Vida.

Seperti kebiasaan, Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang berada di kerusi juri tetap manakala Datuk Rosyam Nor dan Datuk Khadijah Ibrahim menyertai mereka.

Bagaimanapun, pasti ramai yang ingin tahu markah penuh konsert akhir GV4 yang bersiaran secara langsung dari Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Johor Bahru, Johor sebentar tadi.

Di bawah merupakan markah penuh finalis GV 4:

1.Aishah – 81%

2.Liza Hanim – 79%

3.Lan Solo – 70.4%

4.Hazami – 70%

5.Firman Siagian – 69%

6.Tia Jinbara – 66%

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.