fbpx

Nazim Othman Mengaku Pernah Mengalami Kemurungan Teruk

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Berikutan berita kematian mengejut ahli kumpulan SHINee iaitu Kim Jong Hyun akibat masalah kemurungan, kini semakin ramai yang menyedari masalah kemurungan adalah satu masalah yang besar kerana ia mampu meragut nyawa.

Pelakon lelaki tanahair, Nazim Othman turut berkongsi masalah dirinya yang lebih kurang sama semasa dia berumur antara 13 hingga 15 tahun.

Menurutnya, masalah kemurungan yang dihadapinya agak sukar terutama untuk meyakinkan dirinya supaya dapat melawan perasaan tersebut.

Dia mengakui bahawa kebanyakan orang yang mengalami depresi akan terfikir untuk membunuh diri, namun dia bersyukur apabila dirinya berjaya mengatasi masalah kemurungan itu.

Oleh itu, dia menasihati kepada mereka yang mengalami masalah sama agar meminta pertolongan daripada pihak yang betul contohnya talian hotline Befrienders Malaysia, 03 79568145 yang sedia mendengar segala masalah 24 jam setiap hari.

Di samping itu, terdapat beberapa orang yang meninggalkan komen di gambar Nazim menceritakan pengalaman depresi mereka dan ada juga menyokong dirinya dalam membantu mereka yang mengalami kemurungan. Good job Nazim!

Sumber: IG Nazim Othman

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.