fbpx
Now Reading
Fasha Sandha Kini Bergelar Penerbit

Fasha Sandha Kini Bergelar Penerbit

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon terkenal, Fasha Sandha tak pernah terfikir bahawa satu hari nanti dia akan bergelar penerbit selama menceburi bidang lakonan sejak 16 tahun lalu.

IG Fasha Sandha

Namun, persepsinya berubah apabila dia sedang sibuk menerbitkan program berbentuk sitkom menerusi syarikat produksinya sendiri, FS Creative Sdn Bhd yang ditubuhkan dua bulan lalu.

Sitkom Mamu Mami Gosip itu mempunyai 50 episod arahan Aizam Syamsul merupakan karya sulung syarikat produksinya dan dibintangi oleh Kazar Saisi, Dalimawati, Tauke (Jambu), Amyza Aznan, Elisya Sandha, Fikhree Bakar dan Afifah Nasir.

IG Fasha Sandha

Sebelum ini, dia berpendapat bahawa penerbitan televisyen merupakan satu perniagaan kurang menguntungkan di samping memeningkan kepala.

Kini, Fasha semakin seronok menguruskan perjalanan rakaman sitkom itu sejak 19 Disember lalu.

IG Fasha Sandha

“Malah saya jadi semakin seronok pula menceburi bidang penerbitan TV terutama sitkom dan program bual bicara. InsyaAllah lepas ini dua genre program ini akan saya teruskan menerusi FS Creative,” jelasnya.

Mungkin lepas ini Fasha boleh mengikuti jejak langkah pelakon Sheila Rusly dan A. Aida yang telah lama menceburi bidang penerbitan televisyen seterusnya dapat menghasilkan karya-karya berkualiti seperti mereka berdua.

Sumber: mStar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.