fbpx
Now Reading
Risteena Masih Belum Punya Calon

Risteena Masih Belum Punya Calon

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon Risteena Munim mengakui dirinya sudah mempunyai niat untuk berkahwin namun sehingga kini masih belum mempunyai calon.

Menurut Risteena Munim, 29, pada usianya kini dia sudah mula berfikir mengenai hal perkahwinan dan sedang mencari calon suami yang sesuai.

“Siapa tak mahu berkahwin, saya pun macam orang lain yang mahu hidup berumah tangga juga.

“Buat masa sekarang memang tiada siapa yang istimewa dalam hati saya, kawan-kawan tu ramalah.

“Pada usia sekarang saya rasa adalah fasa yang sesuai untuk mula memikirkan lebih serius tentang perkara itu.

“Namun, saya tidak mahu meletakkan sasaran bila nak berkahwin kerana saya tidak mahu kecewa bila apa yang dihajati tidak tercapai,” katanya kepada Astro Gempak.

Risteena berkata demikian ketika ditemui pada malam gala filem Hantu Wangan di Mmcineplexes e@curve, Mutiara Damansara, baru-baru ini.

Selain Risteena, filem Hantu Wangan dibintangi oleh  Achey, Cat Farish, Suffian Shafi, Ruminah Sidek dan Syanie Aida.

Jangan lupa untuk menyaksikan filem Hantu Wangan di pawagam berdekatan.

Sumber : Astro Gempak

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.