Now Reading
Adi Putra Muat Naik Gambar Kad Pengenalan

Adi Putra Muat Naik Gambar Kad Pengenalan

Pelakon kelahiran Singapura, Datuk Adi Putra mengesahkan bahawa dirinya kini sebagai seorang warga negara Malaysia.

Menerusi sebuah entri di Instagram (IG), Adi Putra mengakui sekarang merupakan masa yang sesuai untuk dia mengumumkan mengenai perkara itu kepada umum.

“Ramai yang mempersoalkan tentang kerakyatan saya, memang benar dilahir di Singapura, berkecimpung dunia perfileman di Malaysia, berniaga syarikat pengurusan Umrah dan Haji di Malaysia.

“Istri saya, Datin Hajah @adyaidayusof kelahiran Malaysia, anak-anak warga Malaysia, saya menjadi warga Malaysia dah lama tapi sudah tiba masa saya umumkan status warganegara saya ialah Malaysia.

“Apa yang tertulis tadi diketepikan dahulu, yang penting sekarang tinggal 10 hari untuk mengundi, tidak kira parti mana, warna apa, sokong ataupun tidak, suka atau tak suka, itu hak masing-masing.

“Mahupun saya dibenci, saya terima, asal Allah tak membenci saya. Sekurang-kurangnya semua Petronas di Malaysia sediakan surau untuk Solat sekiranya terlambat ke masjid, surau dan rumah. Janji dapat solat,” tulisnya.

See Also

Namun, menerusi perkongsian tersebut, Adi Putra tidak menerangkan secara terperinci sejak bila dia memiliki Taraf Penduduk Tetap (PR).

Sumber : Astro Gempak

 

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.