Now Reading
“Kami Ada Group WhatsApp Tapi Tak Siapa Tanya” – Amyra Rosli Jaga Hati Syafiq Kyle

“Kami Ada Group WhatsApp Tapi Tak Siapa Tanya” – Amyra Rosli Jaga Hati Syafiq Kyle

Pelakon Amyra Rosli enggan mengulas lanjut mengenai kontroversi skandal video lucah yang membabitkan hero gandingan drama bersiri Nur, Syafiq Kyle.

Kata Amyra, 26, dia berharap kes itu tidak dibangkitkan lagi kerana boleh membuka aib seseorang.

“Saya sebolehnya tidak mahu mengulas mengenai isu tersebut kerana ia tiada kena mengena dengan saya. Tetapi, saya faham pertanyaan ini diajukan kerana drama lakonan kami, Nur sedang ditayangkan.

“Apa yang boleh saya cakap, perkara lalu usah dibangkitkan atau membuka aib seseorang itu dan berikan ruang kepadanya untuk menyelesaikan masalah tersebut,” katanya.

Amyra ditemui pada majlis Previu Media Program Syawal 2018 Rangkaian Televisyen Media Prima di Hotel New World, Petaling Jaya baru-baru ini.

Amyra juga memberitahu pihak produksi Nur mempunyai grup WhatsApp namun tidak ada sesiapa yang menyentuh hal itu kerana menghormati Syafiq.

“Kami ada group WhatsApp tapi tiada siapa bertanya mengenai perkara itu kerana menghormati dia dan situasi yang dihadapinya sekarang sudah cukup sukar.

“Saya sendiri pun tak bertanya apa-apa kerana tidak mahu menguris perasaan Syafiq tambahan pula saya sendiri pun tidak tahu situasi sebenar,” katanya.

Sebelum ini kecoh di media sosial apabila sepotong video seorang lelaki mirip Syafiq Kyle tampil berbogel dan melakukan perbuatan tidak senonoh menerusi panggilan video bersama seorang individu yang dikenali sebagai Mira.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.