fbpx
Now Reading
Amyra Rosli Enggan Terima ‘Nur’

Amyra Rosli Enggan Terima ‘Nur’

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon Amyra Rosli mendedahkan dia sebenarnya enggan menerima tawaran berlakon menerusi drama popular Nur yang ditayangkan di TV3 sepanjang Ramadan lalu.

Ini kerana kata Amyra, ketika mendapat tawaran itu dia masih belum bersedia kembali beraksi memandangkan baharu sahaja melahirkan anak sulungnya, Aqeef Anaqi.

“Sudah setahun lebih saya tidak berlakon kerana hamil dan melahirkan anak jadi apabila mendapat tawaran itu saya sebenarnya belum bersedia.

“Bukan apa Aqeef ketika itu baru sahaja berusia lima bulan jadi saya ingin beri tumpuan kepada anak terlebih dahulu.

“Tetapi Alhamdulillah saya bersyukur kerana bersetuju menerima tawaran itu dan ia mendapat sambutan sangat baik daripada penonton,” katanya.

Dalam pada itu, Amyra berkata, dia tertarik untuk berlakon dalam Nur selepas membaca sinopsis jalan ceritanya kerana merasakan ia sebuah nashkhah berbeza daripada kebanyakan karya sedia ada.

“Sejak bersalin banyak tawaran berlakon tetapi semuanya saya tolak tetapi Nur ada tarikan dan aura yang membuatkan saya bersetuju.

“Tambahan pula selepas saya baca sinopsis yang diberikan oleh pengarah dan saya jadi ingin lebih tahu tentang jalan cerita seterusnya,” katanya.

Malah kata Amyra, barisan pelakon lain yang disifatkan sebagai hebat juga membuatkan dia lebih tertarik untuk menyertai barisan pelakon drama itu.

“Siapa yang tidak mahu berlakon disamping Norkhiriah, Fatimah Abu Bakar, Datuk Jalaluddin Hassan, Azhan Rani dan Syafiq Kyle?

 

“Melihat kepada barisan pelakonnya sahaja sudah membuatkan saya cukup teruja dan enggan melepaskan peluang keemasan ini,” ujarnya.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai cakap-cakap netizen yang menjangkakan dia akan memenangi trofi pelakon terbaik atas kecemerlangannya membawa watak sebagai Nur, Amyra tidak mengharapkan balasan atas usahanya.

Sebaliknya kata Amyra, dia sudah berasa cukup berpuas hati apabila lakonannya itu disukai ramai kerana ia menunjukkan dia sudah melunaskan tugasnya dengan baik.

“Sejujurnya saya harus beri penghargaan kepada pengarah, Shahrulezad kerana dia banyak membantu bagi membolehkan saya menyerlahkan lagi watak sebagai Nur.

“Sebelum ini saya banyak pegang watak anak orang kaya tetapi dalam Nur dia berjaya mengubah saya seratus peratus sehinggakan peranan saya itu secalit bedak pun saya tidak pakai.

“Jika tidak kerana dia, saya sendiri pun mungkin tidak berani untuk melakukannya tetapi dia nampak keupayaan saya dalam menzahirkan watak Nur,” jelasnya.

Nur yang ditayangkan menerusi slot Samarinda mendapat rating sebanyak 11 juta tontonan menerusi 19 episod yang ditayangkan manakala 500,000 menonton di internet

Sumber : Mstar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.