Now Reading
“Mana Pelakon Tak Ready Masuk Set, Baling Dengan Capal” – Rita Rudaini

“Mana Pelakon Tak Ready Masuk Set, Baling Dengan Capal” – Rita Rudaini

Bermacam perangai pelakon ketika di set penggambaran terutama membabitkan artis baru sehingga pelakon senior, Rita Rudaini juga mengkritik sikap pelakon baru yang berlagak.

Rita menyatakan pandangan peribadinya itu menerusi komen di status produser drama terkenal, Fadzil Teh yang bekerjasama dengan pengarah, Rashid Sibir untuk satu projek drama terbaru.

“Hat mana pelakon yg xready masuk set n xserius tu abg baling dgn capal abg tuuu… depa ni xkena mcm kami zaman dulu tu yg depa belagak feeling.. blakon xtera mana… sbb ada yg dok bg muka…. kembalikan karya spt zaman2 dulu… Love!!!!,” katanya.

Dalam status di Instagram, @hj.zil itu, Rita juga menjelaskan banyak ‘kanser’ berlaku dalam industri tempatan.

“Biar kita xde job dr buat kerja x ikhlas,” katanya.

Rita juga membalas komen pelakon Jasmin Hamid sambil menyatakan segelintir pelakon baru gagal berlakon dengan baik.

“Letihhh oii kak minn… talipon dok pegang sedia.. dialoq ke laut..xpaham watak.. klau kita ckp kata kita ni mulut jahat! Kita nk cari mkn .. bg ank2 mkn…klau hang nk glamer nk bergalak, bukan dlm ni… p kelab vegas… hormat pon xde.. sabaq jaa ni kak min oii.. dia xtau kita punya angin lagu mana plak..,” katanya

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.