Now Reading
Mawar Rashid RM20, Janna Nick Rm50

Mawar Rashid RM20, Janna Nick Rm50

Perkhidmatan ucapan selamat hari lahir berbayar di laman sosial yang dilakukan pelakon Janna Nick nampaknya menerima pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Terbaharu, pelakon Mawar Rashid turut memperkenalkan pakej yang sama dengan harga lebih murah iaitu RM20 berbanding bayaran RM50 yang dikenakan Janna.

Kata Mawar, 23, dia mengikut jejak langkah Janna kerana menganggap servis tersebut sangat menarik untuk dilakukan.

“Memang saya ikut cara Janna melakukan perkhidmatan tersebut kerana menganggap idea itu kreatif dan bagus.

BACA : Janna Nick Buat Servis Ucapan Berbayar, Sharifah Sakinah Perli

 


Pakej servis ucapan hari kelahiran Mawar lebih murah berbanding Janna.

“Bagi saya, ini juga adalah salah satu cara untuk peminat muncul dalam Instastory saya.

“Perkhidmatan ini sangat-sangat menarik dan dengan cara ini saya dapat hargai peminat-peminat,” kata Mawar kepada mStar Online.

Tambah pemilik nama Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, dia tidak mengambil kisah dengan kecaman kerana yang paling utama adalah niatnya yang betul.

Bagi pelakon drama bersiri Pencuri Cinta Kelas Satu ini, perkhidmatan tersebut juga antara cara untuk dia mencari rezeki.

“Saya abaikan kecaman dan ambil yang positif. Asalkan niat betul, tu yang paling penting. Lagipun, saya rasa dengan cara ini juga dapat mencari rezeki.

 

See Also

Janna dikecam gara-gara mengenakan bayaran RM50 hanya untuk ucapan ulang tahun kelahiran.

“Tapi dengan harga murah daripada Janna. Bayaran yang dikenakan Janna itu agak tinggi. Macam saya hanya RM20 sebab pengikut di laman sosial saya pun lebih rendah daripadanya.

“Bagi saya, bayaran pakej saya itu berpatutan dan peminat mampu untuk bayar Instastory yang sekejap sahaja,” ujarnya.

Menerusi laporan mStar Online pada Sabtu, Janna diserang netizen selepas dia mengenakan RM50 bagi rakaman ucapan ulang tahun kelahiran peminat yang berhajat menggunakan khidmatnya.

Ada pengikut yang mempersoalkan kewajaran pelakon drama Leftenan Zana ini menjalankan perkhidmatan itu kerana dia dilihat seolah-olah mengambil kesempatan terhadap peminatnya

Sumber : Mstar

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.